~ Susahnya Menolak Cinta.. ~


Sebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam. Ada yang sukar mendapat jodoh kerana terlalu pemilih, ada juga yang sangat mudah mendapat jodoh namun akhirnya ditolak dengan alasan-alasan tertentu.
Memang susah untuk menolak seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu. Tidak mahu menyakiti, takut kehilangan sahabat dan takut-takut yang lain lagi.
Jangan terlalu memberi perhatian kepada yang berlainan jantina
Bila kita memberi perhatiaan yang lebih terhadap rakan yang berlawanan jantina, orang mana yang tidak akan salah sangka. Mungkin dia menyangka kamu sukakan dia dan terus mengajak  kamu untuk bertunang.  Padahal perhatian diberikan kita adalah sama sahaja dengan semua rakan – rakan yang lain.
Inilah pentingnya untuk kita membataskan diri bergaul dengan lawan jenis. Bukan hanya untuk keperluan kita sendiri, tetapi juga orang – orang yang rasa mendapat perhatian dari kamu. Jika orang tersebut mengetahui kamu sebenarnya tiada perasaan terhadapnya, dia akan rasa dipermainkan. Dan kita sudah tidak akan dipercayai lagi.
Berhenti memberi perhatian kepada perkara yang tidak penting buat rakan yang berlainan jantina. Bergaulah sewajarnya, hanya yang sewajarnya. Jangan sehingga kita menyakiti sesiapapun,  sehingga merosakkan sebuah ukhuwah. 
Cuba fikir dan bayangkan, jika kita atau saudara kita terkena perkara yang sama, iaitu merasa dipermainkan setelah diberi perhatian sekian lama, pasti kita akan merasa marah bukan?
Jangan tertipu Oleh Perhatian
Akibat dari sebuah perhatian, biasanya bermula pada hati kecil yang mula merasakan jatuh cinta. Maka, kita  janganlah   mengambil kesimpulan bahawa si dia jatuh hati sdengan kita. Hindarilah perasaan-perasaan ini jika berdekatan dengan si dia, jangan disalah sangka setiap perhatian dari si dia. Ini sememangnya tidak mudah kerana fitrahnya manusia sangat suka diberi perhatian
Penyakit  tipuan hati ini memang lebih banyak dirasakan oleh wanita, kerana secara fitrahnya wanita suka dipuji, di berikan perhatian yang lebih. Sebab itu juga wanita yang paling banyak mengalami patah hati.
Oleh itu, batasilah berhubungan dengan lawan jenis yang boleh membuat semuanya kacau. 
Menolak Cinta
perkara sukar tetapi sebenarnya mudah, kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti seseorang. kalau dia mengajak kita untuk berkapel, maka tolak sahaja. Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun menyakiti Allah?
Jika dia ingin ta’aruf, suruhlah dia datang terus ke rumah ibu bapa kita. Janganlah sampai kita tertipu ta’aruf kosong, iaitu menghalalkan kapel dalam bungkusan ta’aruf. Jika kita tidak sukakan dia, jangan terus menolak, apatah lagi jika dia mengajak kamu berkahwin. Lakukan Istikharah dahulu, serahkan semuanya pada Allah. Kerana siapa yang tahu jika ternyata dia yang terbaik untukmu.
Ingat, apabila kita ingin menolak, rendahkan suara kita. Jangan menggunakan nada yang tinggi. Agar ukhuwah tidak rosak.

~ Hati Yang Emo.. ~


Rasa kesal dan marah kita timbul terhadap orang yang sering menyakiti kita, sehingga menyebabkan ada keinginan untuk membalas dendam. Ia  adalah suatu bentuk tindakbalas  dari kemarahan yang menggoncang jiwa kita tadi. Nampaknya ia memang sesuatu cukup mengkhuatirkan . Sahabatku, mari kita belajar untuk lebih bersabar menjalani hidup ini.
Kali ini saya  ingin berkongsi tentang cara-cara meredakan amarah.:
1. Langkah awal apabila kita merasakan perasaan marah melanda, sebaiknya kita segera Membaca Ta’awwudz. Kerana hanya kepada Allah kita dapat meminta pertolongan.
Rasulullah bersabda  kalimat yang diucapkan nescaya akan hilang kemarahan seseorang, iaitu A’uudzu billah mina-syaithani-r-rajiim, Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk (H.R. Bukhari Muslim).
.
2. Bersegeralah mengambil air wuduk
Rasulullah bersabda kemarahan itu dari syaitan, sedangkan syaitan tercipta dari api, api hanya dapat dipadam dengan air, maka kalau kalian marah berwuduklah (H.R. Abu Dawud).

3. Masih belum hilangkah perasaan marah sahabat? Jika sahabat marah dengan keadaan berdiri maka duduklah, jika masih belum hilang maka berbaringlah.
Setiap emosi memerlukan persiapan tenaga untuk mengekspresikannya.
.
4. Jika langkah diatas masih belum mampu menghilangkan rasa kesal didalam diri sahabat. Sebaiknya sahabat, diam. Menjaga perkataan lalu banyak  berzikir atau membaca surut cinta dari Allah (Al qur’an).
Ajarilah (orang lain), mudahkanlah, jangan mempersulit masalah, kalau kalian marah maka diamlah (H.R. Ahmad).
.
5. Islam mempunyai penyelesaian meredakan amarah. Tidak perlu mencari bomoh untuk balas dendam, terlalu kuno dan primitif  jika anda menggunakan cara tersebut. Ingatlah, jika kita yang menyimpan dendam kesumat maka pemiliknya lah yang akan mendapat akibat tersebut pertama sekali. Ya, penyakit datang dari diri kita sendiri.
Ketahuilah, sesungguhnya marah itu bara api dalam hati manusia. Tidakkah engkau melihat merahnya kedua matanya dan tegangnya urat darah di lehernya? Maka barangsiapa yang mendapatkan hal itu, maka hendaklah ia menempelkan pipinya dengan tanah (sujud). (H.R. Tirmidzi)

Sahabat, ketahuilah bahawa marah itu adalah merugikan
Rugi tenaga, energi tubuh kita habis kerana marah-marah.
Rugi waktu, aktiviti yang bermanfaat mungkin tertangguh gara-gara marah.
Rugi barang, kepada yang suka menghempas barang apabila marah :P
Rugi kesihatan. Kesihatan kita sendiri akan terjejas jika marah berterusan.

~ Marah Kepada Tuhan ~


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawapannya senang sahaja…
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya, Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

~ Cakap Dengan Diri Sendiri ~


Aku : Okay, azan sudah kedengaran. Masa untuk solat!
Syaitan : Eh, siapkan la assignment dulu! solat zohor boleh dibuat nanti nak masuk asar, lambat lagi. Jangan buang masa la!
Aku : Hmm.. betul juga… 
Syaitan : Belajarkan salah satu dari ibadah, jadi tak payah la bimbang ok? Mestilah Allah faham, tak gitu?
Aku : Tapi, jika ajal aku sampai sebelum aku sempat menunaikan solat, macam mana ye?
Syaitan: …
Aku : (Selepas selesai solat) Hmm.. aku rase nak solat sunat la pulak..
Syaitan : Eh, tolong la jangan buang masa! Keje kau banyak kamu tahu tak?
Aku : Tapi.. ini solat sunat..
Syaitan : Betul tu.. jadi kenapa kamu nak buang masa lagi?  Tak berdosa la kalau tak buat!
Aku: Tapi Allah akan lebih sayang aku jika aku buat, kan? Bluek! :)

Kadang-kadang apa yang kita perlu adalah bicara yang jujur dengan diri sendiri, untuk membuat perkara yang baik, Insyaallah!