~ Ku Tunggu Pinangan Mu ~



sekadar hiasan

♥ Jangan engkau puja puji kami bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu. Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga kami lupa bahawa kita sedang bermaksiat.

Kau puji diriku,tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai rayuanmu. Tidak.. tidak akhi, kami ingin kau puji setelah kau halal bagiku. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..


♥ Tak akan kami langgar iffah ku dengan ajakan khalwat dari mu.
Engkaupun sebenarnya tahu, hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuat kita tak berdaya kerana pihak ketiga yang tak lain syaitan yang ada di dekat kita. Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..

.
♥ Jagalah sikapmu pada kami, maka akan kami jaga sikapku padamu,kami lemah akan sanjunganmu. Kecintaan ini ingin kami persembahkan kelak untuk suami, cinta nan kasih ini yang akan kami tuai untuk mencari ke redhaan suami kelak.

Jadi bagaimana mungkin kami mencinta pada hal yang tidak halal bagi kami, tentu Allah tak akan pernah ridha pada kami. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..

.
♥ Jilbabku untuk melindungi kehormatan kami, santun kami untuk menjaga iffah . Jangan kau lenakan kami agar kami lepas kan kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagi kami.

Kami ingin engkau ikut menjaga kehormatan kami dengan menjaga kami, bukan malah membawa pada kenistaan. Agar kau mampu menjaga kami secara utuh, Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..

.
♥ Kami memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasannya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi kami akan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan kami akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu.

Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..

.
♥ Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar, tetapi kau akan menjadi hebat seperti Ali ketika kau menjaga kami dalam kelemahan kami dan kau akan sekuat Umar agar kami tidak selalu menjadi tulang yang bengkok.

Kami memerlukan imam yang boleh menjaga keimanan, bukan yang mebawa kami pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..


♥ Sungguh, kami memang tidak mampu menahan kala kami jatuh hati,tetapi kami tak akan mempertaruh pesona kami hanya kerana cinta yang menuntut nafsu pada keramahan syaitan pada kami. Bukanlah jatuh cinta bila kau ajak kami pada kemaksiatan.

Bila kau memang jatuh cinta pada kami, jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan menuntutmu untuk berbuat nista. Izinkan kami menjaga hatimu, agar kita boleh menjelang bersama JannahNya. Maka datangilah waliku akhi..

Ku tunggu pinanganmu.. :)


“Wahai jika engkau memiliki cinta
Dan telah terdorong dengan kerinduan
Maka anggaplah jarak perjalanan itu dekat
Kerana kecintaan dan kerelaanmu pada penyeru
Ketika mereka menyeru,
Maka katakanlah, kami penuhi panggilanmu.
Seribu kali dengan sempurna
Janganlah kau berpaling
Hanya kerana melihat gerimis
Jika engkau melihatnya..” –

Ukhwah Fillah..




Sahabat..

kekuatan bukanlah segalanya

Kerana Ia hanya sementara dan akan binasa

Tetapi mencintai dan menerima diri apa seadanya

Adalah wujud dari hamba yang bersyukur kepada Tuhannya


Mengejar kehormatan dan kekuasaan bukanlah tujuan

Tetapi mengejar cinta kasih selalu memberikan ketenangan

Maka, jangan kita larang sahabatmu jika dia menangis

Ajarkan dia untuk mengenali dan menerima perasaannya



Sahabat, katakan padanya…

Bahawa air mata adalah anugerah Tuhan yang indah

Sehingga dia belajar untuk tidak kecewa oleh emosinya

Dan jika mengerti, dia telah belajar untuk hidup dengan seteguhnya



Jangan pernah mengajar sahabat kita bagaimana menjadi cantik

Tetapi ajarkan dia untuk mencintai & menerima dirinya apa seadanya

Dan jangan kita ajarkan dia bagaimana untuk menyenangkan lelaki/wanita

Tetapi ajarkan dia untuk menyenangkan hati Tuhan yang menciptakannya



Isilah kehidupan kita dengan cinta, hikmat, dan kebijaksanaan

Bukan dengan harta, kecantikan tubuh, gelaran dan kekuasaan

Ajarkan sahabat kita menikmati keindahan mentari pagi

Dan kehangatan rasa ketika menggenggam pasir

Begitu juga kemesraan seekor kupu-kupu hinggap di atas bunga

Dan ajarkan dia menikmati merdunya suara titisan hujan



Jika kita ingin sahabat kita rajin beribadah kepada Allah

Maka, jadilah teladan untuknya dan gemakan keberadaan Allah dalam diri kita

Seseorang itu takkan dapat kita paksa berdoa dan bermunajat kepada Allah

Ketika dia tidak dapat menangkap makna ibadah yang terukir dalam kehidupankita




Jika kita ingin sahabat kita mencintai ilmu pengetahuan

Pancarkan rasa ingin terus belajar dalam diri kita dan dirinya

kerana nasihat kita tak akan dapat membuatnya mahu membaca

Ketika dia tidak pernah menyaksikan kita menikmati ilmu



Jika kita ingin sahabat hidup penuh kasih

Tunjukkan cinta kasih kita kepadanya


Kata-kata sahaja tidak akan mampu membuatnya mengasihi

Jika dia tak pernah merasakan cinta dan perhatian dari kita




Jadi, bagaimna cara kita mengajarkan sahabat kita?

Ini cerita tentang masa…


It’s time

Assalamualaikum warahmatullah~

Demi masa..

Sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan..

Yang beriman dan beramal saleh

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara

Sihat sebelum sakit

Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin

Lapang sebelum sempit

Hidup sebelum mati

Kalimah – kalimah ini memperlihatkan oleh manusia bahawa masa itu amat sangat penting. Kita selalu berkata, ‘Masa itu emas.’ Akan tetapi, kita tidak boleh membelinya. Masa juga, bukan milik manusia. Jika masa milik manusia, alamatnya manusia boleh menggunakan masa dengan sesuka hati. Boleh putarkan masa ke bila – bila masa dengan kehendak diri.

Masa itu bukan berjalan dan bukan berlari. Sebaliknya, masa itu tidak akan berhenti.. sekalipun manusia itu mati. Masa, itu tidak pernah tidur. Yang tidur hanyalah kita. Dek kerana itu, ramai yang mengeluh ‘tidak cukup masa’. Bukan kerana ‘tidak cukup masa’, tetapi kita telah memperlekehkan masa itu sendiri. Kita buang masa! 

Jadi… seharusnya bagaimana?

Manfaatkanlah masa!

Dahulu, kini, dan kemudian. Ini adalah fasa masa yang boleh mengubah seseorang. Tapi, manusia sering dihantui tentang masa – masa yang sudah terjadi dan belum terjadi. Akhirnya, tergadailah masa kini. 

Jangan begitu…

Ambilah kebaikan daripada masa dahulu, untuk merubah yang kini dan yang akan membentuk diri pada kemudian hari. Jangan dipinggirkan, ditinggalkan kesemuanya. Kerana, semua itu bernilai meskipun kita sudah ketinggalan.

Bagi yang memanfaatkan masa, tahniah. Bagi yang ketinggalan masa, berubahlah. Bagi yang lebih masa, lebihkanlah ibadah. Kerana, kita akan ditanya kelak tentang apa yang kita lakukan. Pertanyaan yang merujuk pada penggunaan masa.

Manfaatkanlah masa. Tidak kira apa jua. Orang yang berjaya, adalah orang yang mampu manfaatkan masanya. Maka terteralah ayat ‘manusia yang baik, adalah manusia yang mampu memanfaatkan orang lain.’ Jadi, jika kita manfaatkan masa, tidak mustahil kita mampu manfaatkan apa – apa yang ada disekeliling kita.

Masa..

Pergi menjauh dari sisi

Tetapi..

Aku berjanji dan aku tidak akan berhenti

Dan akan terus mempeduli

Untuk

Manfaatkan masa, manfaatkan diri

Wallahu’alam bisawwab

~ Cantik Salah, Tidak Cantik Pun Salah ~


“Dik, kamu harus pakai tudung. Wajah kamu cantik, boleh mengundang lelaki untuk memandang..”


MUNGKIN ungkapan itu pernah anda terima daripada seorang teman. Sebuah nasihat yang bersulam rasa keikhlasan daripada seorang teman, bukan perintah ataupun cemuhan. Memang, menjadi wanita yang cantik bukan perkara yang mudah. Mereka sering dipersalahkan menjadi punca apabila ada lelaki yang gagal menundukkan pandangan lantaran terpasung oleh kecantikan muslimah itu.


Muslimah pada zaman moden ini rata-ratanya memang mempunyai rupa fizikal yang cantik. Kulit putih, gigi yang rapi, mata yang berkaca, senyuman yang manis dan ditambah pula dengan kehadiran pelbagai jenis fesyen muslimah sekarang ini menjadi bukti kecantikan seseorang. Kecantikan seorang muslimah boleh menangkap dan menyita pandangan setiap lelaki, lantas hati terpikat dan terpanggil untuk memiliki pemilik seraut wajah yang indah bak purnama itu.


Maka tidak hairanlah apabila kaum muslimah sering mendapat godaaan, sama ada berupa ucapan bernada perhatian, ungkapan luahan cinta berupa SMS dan miscall. Tapi apakah itu semua adalah salah mereka? Apakah ini semua berlaku lantaran kesilapan mereka kerana mempunyai wajah yang memikat? Sedangkan semua kecantikan itu adalah anugerah daripada Allah SWT, dan mereka hanya memelihara amanah kecantikan itu dengan sebaik mungkin.


Mereka lahir dengan fizikal yang lebih baik dari yang lain. Itu adalah sebuah nikmat bagi mereka. Sebuah kurnia Allah SWT untuk hambaNya, mungkin juga untuk menguji keimanan dan ketakwaannya. Maka jangan salahkan mereka apabila mereka cantik. Yang harus dipersalahkan adalah orang-orang yang masih nekad menggodanya, yang tidak terkawal keimanannya, yang tertewas dengan kecantikan yang dikurniakan Allah SWT terhadap seorang muslimah.

Sementara itu, disebalik dugaan yang melingkari muslimah-muslimah yang cantik, mereka yang tidak cukup menawan wajahnya pula kadangkala terjebak dengan perasaan rendah diri yang teruk. Mereka berasa malu untuk bermasyarakat dan terlibat dengan aktiviti sosial. Selalu merasakan diri banyak kekurangan. Diri terasa amat tidak sempurna dan membataskan diri untuk tampil dengan penuh keyakinan. Kurang cantik, kurang manis, kurang menarik dan kurang segalanya berbanding orang lain sehingga diri terasa begitu terpinggir dari arus kehidupan yang sepatutnya. Perasaan seperti ini akan membenamkan jiwa kita lebih dalam ke dasar rasa rendah diri yang berlebihan.


Inilah antara perasaan yang tidak harus hadir dalam hati kita. Inilah perasaan yang seharusnya kita lupuskan daripada hati kita. Kita tidak perlu merasa iri hati terhadap orang lain. Setiap insan telah ditetapkan rezeki masing-masing oleh Allah SWT, dan setiap kurniaan itu mempunyai hikmahnya tersendiri yang mungkin sahaja tidak terfikir oleh akal kita.


Kenapa kita diberi hidung yang tidak mancung? kerana mungkin hidung mancung tidak sesuai dengan mata kita yang relatif bundar. Kenapa kita diberi mata yang bundar, kerana itu lebih sesuai dengan wajah kita yang berbentuk bulat. Syukuri, kembalikan semuanya pada Allah SWT, insyaallah segala kegelisahan akan terpadam


“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat rupa fizikal kalian akan tetapi Allah SWT melihat hati dan kalian” [HR Muslim]


Allah SWT tidak akan melihat halusnya kulit kita, tetapi melihat kedaman iman kita. Allah SWT juga tidak akan melihat seberapa licinnya dahi kita, tetapi melihat kepada seteguh mana iltizam kita memperbaiki segala ama agar ia lebih sempurna. Allah SWT juga tidak melihat kepada betapa hebatnya lentur tubuh kita, sebaliknya tebal ketakwaan yang lebih diperhatikan Allah dalam menilai dan memberikan kedudukan kepada setiap hambaNya..





mari kita renung2kan gambar ini.

Wahai Adam Yang Memimpin




gambar sekadar hiasan.

Wahai adam,

Hawa itu tercipta indah dari rusukmu

Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu

Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia


Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang..



Wanita akal senipis rambutnya

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita

Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah

Masih mencari walau ada segalanya

Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa..


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok

Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,

Mana mungkin kayu yang bengkok,

menghasilkan bayang yang lurus ..


Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal


Di situlah punca kekuatan dunia ..

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu

Hati serapuh kaca

Kuatkanlah ia dengan iman…

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak

Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..


Suburkanlah dia kerana dari situlah nantinya

Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan

Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah

kerana nantinya mereka akan semakin derita


Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah

Didiklah mereka dengan panduan darinya

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta

kerana nantinya mereka semakin liar

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan


Bila wanita menjadi derhaka

pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara…

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata

Tapi binalah kepimpinan

Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya

Jinakkan diri kepada Allah

Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’

Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah…

Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa?


Lindungilah hawa itu.

Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.

Lindungilah hawa itu

Lunakkan telingamu dan ajarinya

dengan nafas alunan suci Quran…

Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya

Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan

Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus

Bahkan akan semakin membengkok

Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,

di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,

kerinduan, kegelisahan yang dihadapi

dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha

mengkafarahkan dosa-dosa kecil..

Wahai lelaki…wahai adam,

Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya

Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya

Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya

Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu

Hilangkanlah egomu kerana itu api yang membenamkan nur kebahagiaan

Ingatlah wahai lelaki.. ♥

Wahai lelaki yang punya peranan besar..

Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..

Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu….

~ Lelaki Idaman Saya ~


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang beriman.

Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah.

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam.

Yang sentiasa haus dengan ilmu.


Yang sentiasa dahaga akan pahala.

Yang solatnya adalah maruah dirinya.

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar.

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.

Yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan Allah.



Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya.

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya.

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya.

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang.

Yang mempunyai banyak kawan dan tidak mempunyai musuh.



Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya.

Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga.

Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga.

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam.

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan.

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.



Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam.

Yang hidup di bawah naungan Al-Qur’an dan mencontohi sifat Rasulullah.

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.




Yang menjaga matanya dari berbelanja.

Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.



Lelaki idaman saya tidak pernah mensia-siakan waktu.

Matanya kepenatan kerana penat membaca.

Suaranya lesu keraa penat mengaji dan berzikir.

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan.

Bangunnya subuh penuh kesegaran.

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.



Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati.

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat.

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan di jaga.

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik.

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.




Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia.

Kerana dia mengimpikan syurga.

Di situlah rumah idamannya.

Dan dia ingin membawa saya bersama.




DIALAH LELAKI IDAMAN SAYA …

Kenapa Awak Memilih Saya?



Kenapa awak memilih saya, sedangkan awak tahu saya orang biasa.
Sungguh saya tak sebanding dengan awak
Bolehkah saya tahu alasannya?

Saya orang yang tak BERHARTA kenapa awak menerima saya?

- “dan nikahkanlah orang orang yang sendirian diantara kamu,dan orang orang yang layak berkahwin diantara hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Dia akan memampukan mereka dengan rezekiNya,dan ALLAH Maha luas pemberianNya dan Maha Mengetahui (QS An-Nur 32)

Harta kita adalah anak anak kita kelak,dan ALLAH selalu menepati janjiNya.

Saya adalah wanita yang tak berkedudukan kenapa awak menerima saya?

- “saya bertawakal kepada ALLAH sesuai dengan FirmanNya-barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH,Dia akan mengadakan dirinya jalan keluar, dan memberi rezeki padanya tak disangka sangka,dan barang siapa bertawakal kepada ALLAH maka Dia akan mencukupinya,sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendakiNya, sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan pada tiap tiap sesuatu (QS.At Thalaq 2-3)

Saya orang yang tidak CANTIK kenapa awak menerima saya?

- “saya memahami ALLAH tidak memandang rupa manusia kenapa saya harus melampaui hal itu? -Sesungguhnya ALLAH tidak memandang rupa kamu,tidak juga harta kamu TAPI ALLAH Melihat pada hati dan amalan kamu (HR Muslim)

Kecantikan dan ketampanan anugrah ALLAH dan saya juga bukan lelaki yang tampan. Jadilah orang TAWADDUK dan sederhana, serta mampu menerima kekurangan atau kelebihan masing – masing”

“Yang terpenting saya menerimamu kerana agama yang ada pada awak. Saya ikhlas menikahi awak dan menerima apa seadanya. Ketahuilah nama kita sudah disandingkan dilangit ALLAH, Syukur saya panjatkan semoga awak menjadi isteri solehah untuk saya”

“Barang siapa yang diberikan isteri yang solehah sesungguhnya dia telah diberikan pertolongan untuk meraih separuh dari agamanya, kemudian hendaklah bertaqwa untuk separuh yang lain (HR Tabrani dan Hakim)”