~Selagi Nama Islam Itu Dihati, Jihad Ini Pasti Takkan Berhenti~



Ya Alah,
hambamu ini bersyukur akan kurnianMu yang tak terhingga ini,
Kau hadirkan hidayah di hati ini,
dan hamba mohon agar janganlah Engkau menarik nikmat ini kembali..

Ya Rahman,
sungguh pemurahMu kian jelas terpancar dalam kehidupan hambaMu ini,
kau berikan hamba kesempatan untuk meraih sebuah kejayaan,
biarpun seringkali hamba melupakanMu..

Ya Rahim,
betapa Kau amat mengasihi hambaMu,
Kau permudahkan jalan perjuangan hambaMu ini,
dengan kehadiran ahli keluarga yang tidak henti memberi sokongan,
dengan keikhlasan dan ketulusan para sahabat dalam menghulurkan bantuan,
dengan keramahan para pendidik dalam menyampaikan ilmu penegtahuan,
dengan keindahan kalam para pewaris sunnah kekasihmu dalam menyampaikan ayat-ayat Al-Quran..
Betapa Kau kasih akan hamba-hambaMu yang mendambakan cinta agung ini..

Ya Wadud,
hamba bersyukur atas segala-galanya yang telah kau berikan,
hanya satu pinta hambaMu ini,
agar Kau berikan kekuatan semaksima mungkin untuk memperjuangkan agamaMu,,
semoga sinar Islam itu kembali mekar di atas muka bumi yang sarat dengan fitnah ini,
semoga cahaya Islam itu mampu menerangi sekalian alam,
semoga bahang kebangkitan Islam itu  dapat dirasai oleh sekelian makhluk ciptaanMu,
semoga hamba-hambaMu mampu mewarisi sunnah dan tauladan para pejuang,
selagi mana Islam itu di hati,
Jihad ini pasti takkan berhenti..

~Ya Allah..Terima Kasih Diatas Kelukaan, Kerana Kelukaanlah Ternyata Dikau Paling Hampir Pada Diri ku HambaMu Yg Hina~


Ya Allah...
Bersama hari-hari semalam penuh luka,
ku lalui hidup ini biar pun penuh luka dan sengsara,
Ya hari semalam telah mengenalkanku erti sebuah derita percintaan.
Percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti sebuah kebahagiaan mencintai dan di cintai,
akhirnya memaksa aku menelan pahit getir perpisahan yang tak terduga.

Ya Rahim...  
Bukan ku pinta pertemuan.... 
jika akhirnya perpisahan yang mendatang.
Bukan ku rayu diriku di cintai jika akhirnya ku di tinggalkan.
Benarkah kata orang manis itu hanya di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika tidak di kotakan.
Ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hati mu sedangkan kau hanya mahu mempermainkan perasaan ku?
Butakan cinta atau bersalahkah diriku terlalu mengharapkan untuk mengisi bunga-bunga cinta segenap ruang hati ku?
  
Ya Rabbana...
Ku tahu cinta bukannya paksaan,
hanya bercinta membuat hati kita merana tapi cinta kita bukannya paksaan.
Kita saling cinta mencintai namun hati ku merana jua.
Benar kata orang tua-tua cinta yang tidak di sirami dengan bunga-bunga kejujuran,keiklasan dan berakar umbi niat kerana Allah akan menemui kegagalan.
  
Adakah aku sahaja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai diri mu.... 
sedangkan kau sewenang-wenangnya membunuh segala keiklasan dan kejujuran dalam bercinta.

Jika sesungguhnya hatimu benar ada cinta untukku tapi mengapa hati ku di lukai?
Sedarkah engkau luka yang kau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk ku balutnya kembali.

Aku tak tahu adakah ku mampu untuk membalut luka yang amat dalam ini ku berserah hanya kepada-Nya.

Jika di hati mu hanya ada dendam untuk menyakiti hati insan seperti diriku padamkanlah ia kelak akan membakar jiwa mu jua kelak.
  
Siramilah api dendammu  dengan cinta seorang lelaki.
Sedarlah engkau sebelum engkau dilukai buat kali kedua kerna kepedihan dari kelukaan amat seksa sekali untuk kau menanggungnya.
Cukuplah sekali hati di lukai kerna jika kedua kali mambuatkan hati serik untuk bercinta lagi.
Kelukaan yang kau tinggalkan buat ku,
sesungguhnya telah mendewasakan ku.

Terima kasih atas kelukaan itu,
akan ku rawat ia walaupun amat sukar untuk ku melakukannya.
Doaku semoga terbuka hati mu untuk mencintai seseorang dengan keiklasan dan kejujuran yang hakiki anugerah Ilahi,walau pun kelak insan itu bukan lah aku......wassalam.nukilan mohd rusdi ramlee.

~Ya Allah... Sesungguhnya Setiap Apa Yang Berlaku Ada Hikmahnya~


Renungan ku dan renungan mu,
aku redha dengan perpisahan ini Ya Allah,
aku bersyukur di atas perpisahan ini, 
kerana ku yakin engkau maha mengetahui segalanya,
mungkin si dia bukan terbaik untuk diriku.
  
Ya Allah... 
aku berserah segalanya pada Mu.
Kurniakan lah kebahagiaan pada dirinya,
hadirkah lah insan yang terbaik buat dirinya,
semoga dirinya tidak terus hanyut di buai mainan dunia yang hanya sementara.
  
Ya Allah...
ku tahu ini adalah kafarah segala dosa-dosa yang telah ku lakukan,
mungkin ini adalah balasan yang setimpal harus ku alami,
namun aku redha dan pasrah jika ini merupakan hukuman dari Mu pada ku,
daku bermohon pada Mu hadirkan lah kebahagiaan yang abadi,
bantulah diriku mencari ketenangan di sebabkan perpisahan ini.
Ku memohon petunjuk Ilahi hadirkanlah insan sejati,
menemani kesepian mendamaikan sekeping hati ini 
  
Ya Allah....
Hanya cinta Mu yang ku harapkan,
hanya kasih Mu yang ku dambakan,
andai dia sang muslimah Kau utuskan buat perantaraan aku terima dengan redha.
Namun padanya ingin ku berpesan,
maaf jika hati ini tidak sepenuhnya untuk mu,
kerna dia adalah milikNya,
maaf jika ketaatan ku tidak sepenuhnya untuk mu,
kerna ia milikNya,
maaf jika cinta ini bukan sepenuhnya untuk mu,
kerna ia adalah milikNya,
namun jika insan lain jadi perbandingan kau tetap akan ku cinta hati ku tetap pada mu,
andai jika tidak dapat ku miliki sepenuhnya lantas ku menjauhi,
aku redha kerna Dia mengatasi segalanya.

Ya Allah...
Aku pasrah andai di takdirkan bersendirian sehingga ke akhir hayat dikala nafas terhenti.
Kerna ku yakin cinta ku padaNya cinta azali.
Kerna janjiNya adalah janji yang pasti.
Kerna Dia tidakkan mempersiakan.
Kerna Dia takkan mengecewakan.
Lantas ku akur,
ku bukakan hatiku seluasnya serta minda ku pemberianNya.
Kuterima sang hakikat dengan penuh ketenangan sesungguhnya perjalanan ini telah tertulis,
rentetan hayat ini telah terurat.

Ya Allah... 
kurniakan lah aku isteri dan zuriat yang soleh sebagai penyejuk mata penenang jiwa,
kurniakan daku isteri suri dalam hidupku penyejuk mata penawar di hati 
di dunia dialah penyeri di syurga menanti. 
Dia bidadari di tangan Mu,tuhan ku sedar impian penentu jodoh pertemuan,
seandainya dirinya tercipta untuk ku relakan aku menjadi miliknya....amin.

~Izinkan ku pergi~

Ini surat dari seorang ibu yang sayu hatinya.
Linangan air mata bercucuranderas bersama tersusunnyasurat ini. Ibu lihat engkau lelaki yang gagah lagi matang. Bacalah surat ini. Dan kau boleh membuang surat ini setelah itu, seperti saat engkau meremukkan kalbu ibu sebelum ini.

Sejak doktor memberitahu tentang kehamilanmuibu berbahagia. Ibu sangat memahami makna ini dengan baik. Awal kegembiraan dan sekaligus perubahan demi perubahan berlaku pada ibu. Sembilan bulan ibu mengandungkan mu. Seluruh aktivitiibu jalani dengan susah payah kerana mengandungkan mu. Meski pun begitu, tidak mengurangi kebahagiaan ibu. Kesengsaraan yang tiada hentinya, bahkan kematian  ibulihat di depan mata ibu saat kau dilahirkan. Jeritan tangismu menitiskan air mata kegembiraan buat kami.

Berikutnya, ibu seperti pelayan yang tidak pernah istirehat. Kepenatan ibu demi kesehatanmu. Kegelisahan ibu demi kebaikanmu. Harapan ibu hanya ingin melihat senyum sihatmu.


Masa remaja pun engkau melusuri kini. Kejantananmu semakin terlihat, Ibu pun berikhtiar untuk mencarikan seorang gadis yang akan mendampingi hidupmu. Kemudian tibalah saat engkau menikah. Hati ibu sedih atas kepergianmu, namun ibu tetap bahagia lantaran engkau menempuh hidup baru.

Seiring perjalanan waktu, ibu merasa engkau bukan anak ibu yang dulu. Hak pada diriibu telah kau lupakan. Sudah sekian lama ibu tidak bersua, meski pun melalui telefon. Ibu tidak menuntut macam-macam perkara. Sebulan sekali, jadikanlah ibumu ini sebagai persinggahan, meski pun hanya beberapa minit saja untuk melihat anakkesayangan ibu.
Ibu sekarang sudah sangat uzur. Pinggang sudah membongkok, gemetar seringbersama tubuh dan berbagai penyakit tak bosan-bosan singgah kepada ibu.

Anakda permata hati ibu..
Seandainya ada yang berbuat baik kepadamu, nescaya ibu akan tak henti-hentiberterima kasih kepadanya. Sementara ibu telah sekian lama berbuat baik kepada dirimu. Manakah balasan dan terima kasihmu pada Ibu? Apakah engkau sudah kehabisan rasa kasihmu pada Ibu? Ibu tertanya-tanya, dosa apakah yang menyebabkan dirimu enggan melihat dan mengunjungi Ibu? Baiklah, anggap Ibu sebagai pembantu, mana upah Ibu selama ini?


Anakda cahaya hati ibu...
Ibu hanya ingin melihatmu saja. Lain tidak. Bila tiba saatnya kau akan merasakan dengan apa yang ibu rasakan pada waktu ini baru kau sedar akan peritnya dirundung kerinduan, sekaligus duka dan kesedihan? Ibu tidak tergamakuntuk mengadu kedukaan hati ini kepada Dzat yang Maha Tinggi. Ibu juga tidak akan menceritakan kepedihan ini kepada orang lain. Sebab, ini akan mengheratmu kepada kedurhakaan. Musibah dan hukuman pun akan menimpamu di dunia ini sebelum di akhirat. Ibu tidak akan sampai hati melakukannya.

Anakda jiwa raga ibu...
Walaupun bagaimanapun engkau masih buah hatiku, bunga kehidupan dan permatacahaya diriku…

Anakda permata cinta ibu...
Perjalanan tahun demi tahun akan menumbuhkan uban di kepalamu. Dan setiap balasan dari jenis amalan yang dikerjakan. Nantinya, engkau akan menulis surat kepada keturunanmu dengan linangan air mata seperti yang Ibu alami. Di sisi Allah, kelak akan berhimpun sekian banyak orang-orang yang mengecewakan.

Anakda yang amat ibu sayang...
Takutlah engkau kepada Allah kerana kedurhakaanmu kepada Ibu. Sekatlah air mataibu, ringankanlah beban kesedihan ibu. Terserahlah kepadamu jika engkau ingin merobek-robek surat ini. Ketauhilah, “Barangsiapa beramal soleh maka itu buat dirinya sendiri. Dan orang yang berbuat buruk, maka itu (juga) menjadi tanggungannya sendiri.”

Anakda yang ibu rindui...
Ingatlah saat engkau berada di perut ibu. Ingat pula saat tiba hari kelahiran yang sangat mencemaskan. Ibu merasa dalam keadaan hidup atau mati. Darah bercucuran tumpah, itulah nyawa Ibu. Ingatlah saat engkau menyusu. Ingatlah belaian sayang dan keletihan Ingatlah saat engkau sakit. Ingatlah….. Ingatlah….. Kerana itu, Allah menegaskan dengan wasiat: “Wahai, Rabbku, sayangilah mereka berdua seperti mereka menyayangiku waktu aku kecil.”

Anakda dengarlah kini...
Allah berfirman, “Dan dalam kisah-kisah mereka terdapat pelajaran bagi orang-orang berakal…” (Yusuf: 111)
Pandanglah teladan dalam Islam, supaya engkau memperolehi gambaran bakti anak kepada orang tuanya.”


~Nilai Sebuah Sayang~



Nilai sebuah SAYANG bukan hanya sekadar memilikiJASADnya,
tetapi nilai SAYANG itu akan lebih berharga andai dapat memenangai HATInya dengan penuh KEIKHLASAN,setiap percintaan juga jangan dicemari dengan DENDAM yang berpanjangan,
meskipun tanpa lafaz CINTA dan SAYANG,dirimu akan tetap bersemadi dilipatan HATInya....

SEDALAM mana kita SAYANGkan seseorang itu,
kita tidak boleh berHARAP yang orang itu akan menjadi MILIKkita,
biar kita sahaja yang tahu,
KASIH SAYANG kita terhadap si dia,
yang penting kita tahu bahawa kita SAYANGkan dia,
satu hari nanti bila dia telah KEHILANGAN kita,
dia akan ingati segala PENGORBANAN yang telah kita lakukan,
saat itu barulah dia sedar akan KEHILANGAN kita,
biarlah dia menolak KASIH & CINTA kita,
kerana lebih PERIT jika di MILIKI tapi tidak di HARGAI...