~ Kami Di Sisi Mu Palestine ~



DOA
Jangan pernah kata kita tidak ada apa-apa boleh membantu saudara seagama kita di sana, kita punya tangan untuk berjihad, jika tak mampu membantu sebagai tangan berkemahiran dan berkuasa, gunakan tangan untuk menadah doa agar ditunjukkan kemusnahan israel laknatuAllah!!!

Do’a untuk GAZA, Palestine.

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ
اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ
(اللَّهُمَّ انصُ
رِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالياللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَاللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Wahai Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami,
Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.
Aamiin :’


BOIKOT

Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak-anak muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang masih memakai produk mereka, satu dunia!” kata manusia yang ‘bijak’ pandai.
Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

“Usahamu itu hanya sia-sia, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu”, mereka mengejek. 
Lalu burung kecil itu membalas, “Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya.”

Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, ‘siramlah walau setitis air’ untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti.
Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng dan satu cup pepsi.

~ Pelajaran Dari Puasa ~




Sebenarnya banyak perkara yang ingin Allah tunjukkan kepada kita yang kerdil ini dalam amalan berpuasa

Antara hikmah tersirat yang terpenting dalam menahan dahaga, lapar dan nafsu ialah minda kita kurang melayang ketika berpuasa kerana dahaga, lapar dan nafsu.

Oleh kerana itu, emosi kita lebih tenang, kerana minda tiada masa untuk bersangka buruk, memikirkan perkara – perkara yang lepas, membayangkan masa depan yang menakutkan kita kerana sibuk menahan dahaga, lapar dan nafsu secara tidak sedar dan sedar.

Ketika berpuasa, kita sentiasa hidup dalam “masa kini”, yang lepas tidak dikisahkan, yang akan datang tidak sempat difikirkan. Ketika pagi tidak terfikir petang, ketika petang tidak terfikir pagi. Dan masa inilah juga manusia lebih mudah mencapai ketenangan dan terasa diri kurang membazir masa.

Pada pandangan saya, itulah antara perkara tersirat yang dilatih pada diri kita oleh Allah ketika berpuasa.

Sekadar renungan, betapa ramaikah antara kita yang belajar dan juga membawa perkara tersirat ini yang dipelajari setiap bulan Ramadhan dalam kehidupan seharian?

Senyum selalu =)

~ Pantun Tutup Aurat ~

Baju nipis nampak bayang,

Peha gebu saja ditayang,

Lebih baik tak pakai baju senang,

Dah tentu boleh tunjuk terang-terang….


Baju ketat seluar sendat,

Pakai tudung ‘just’ ikat-ikat,

Dari mula memang bukan adat,

Disudut agama pun gaya tak berkat..


Tudung jarang baju nipis,

Pakai sikit boleh nampak ‘garis’,

Mata orang terbeliak, kita membengis,

Bila kena kutuk, kenapa menangis?


Lengan pendek blaus gantung,

Jeans ketat melekat dipunggung,

Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung,

Agama tak suruh berbungkus macam pocong….


Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah,

Kalau takat rambut orang kurang ghairah,

Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah,

Mata yang memandang boleh keluar darah….


Kebaya ketat, kain terbelah,

Ikat tudung macam tak sudah,

Nak ikut suruhan agama memang tak mudah,

Tapi Islam sebenarnya indah….



Tutup aurat bukan suruh berselubung,

Sampai tak nampak muka dan hidung,

Yang faham tuntutan amat beruntung,

Taklah bersungut mulut pun muncung…


Dah kalau mula minat nak bertudung,

Cubalah sesuaikan apa yabg disarung,

Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’,

Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung….


Bertudung itu bukan satu paksaan,

Ianya lebih kepada keinsafan,

Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan,

Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan….



Menutup aurat satu syariat,

Kepada agama kita taat,

Hidup berkat pahala berlipat-lipat,

Didunia selamat, di akhirat hebat…

♥ KU MOHON CINTA DARI-MU ♥



♥ KU MOHON CINTA DARI-MU ♥

Aku tidak marah
Aku tidak cemburu
Kerana aku tahu
Kamu bukan hakku
Kadang-kadang
Perasaan ini kelemahanku sebagai manusia biasa
Sungguh senang utk aku jatuh cinta. 
Dan memang tidak dinafikan disaat ini 
Ada sedikit cinta dihatiku untukmu
Aku teringin kau megetahui 
Apa yang ada dalam hatiku saat ini...

Tapi biarlah DIA yg lebih mengetahui 
Apa yang wujud didalam hati ketika saat ini
Sedangkan DIA yg menjadikan hati 
dan DIA juga yg mewujudkan perasaan itu
Tapi sekali lagi
Kau milik ALLAH
Bukan milikku
Jadi biar cinta ini ku pendam di dalam hatiku
Dan cukuplah aku mencintaimu 
Dalam diam dari kejauhan 
Dengan kesederhanaan dan keikhlasan
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan ALLAH
Mungkin saja rasa ini ujian
Yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan

Ya ALLAH,
Usah biarkan hatiku 
Tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harapan

Ya ALLAH,
Leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku
Kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta

Hanya cintaMu
Ya ALLAH Ya Rabbi
Yang kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki...

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana ALLAH, menolak kerana ALLAH, membenci kerana ALLAH dan menikah kerana ALLAH, maka bererti ia telah sempurna imannya."
(HR. AL-HAKIM)

Amin ya rabbal Aalamin... 

~BUAT CALON IMAMKU~



~BUAT CALON IMAMKU~

untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, manja, mengada, dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat..

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita 
di dunia dan di akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu 
yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Insya Allah. Amin Amin. hanya ini yang ku pinta.
______________________________________

Wahai akhi pujaan qalbu,
Kiranya diriku mencintaimu kerana Agamamu,
Janganlah risau serta ragu,
InsyaAllah aku tetap akan menantimu,
Kiranya ini yang terbaik pada pandangan Rabbku.

Memang ada yang lebih tampan darimu,
Memang ada yang lebih berharta darimu,
Memang ada yang lebih berkedudukan darimu,
Namun yakinlah semuanya pasti sirna ditelan waktu.

Bagiku engkau adalah ANUGRAH dari Penciptaku,
Kerana Dialah yang mencondongkan hati ini untuk menerimamu,
Dialah yang Maha Tahu serta menentukan segala sesuatu,
Setelah istikharah namun tetap engkau yang dipertemukan denganku.

Sabarlah menantikan waktu itu,
Kerana aku pun menanti sepertimu,
Walaupun banyak ujian menguji hatimu,
Namun yakinlah itu adalah untuk memantapkan hatimu,
Semua yang TERBAIK akan datang TEPAT WAKTU,
Sesuai KETENTUAN yang Maha Tahu,
InsyaAllah pasti akan dimudahkanNYA.

Ya Rabb...
Pemilik CINTA sejati,
Jika cintaku Kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya, Teguhkan imannya,
Tegarkan dan temanilah dia dalam penantiannya,

Jika hatiku Kau ciptakn untuk dia,
Penuhi hatinya dengan kasih-MU
Terangi langkahnya dengan cahaya-MU,
Kutitipkn cintaku pada-MU untuknya,
Resapkan rinduku pada rindunya,
Mekarkan cintaku bersama cintanya,
Satukanlah hidupku & hidupnya Dalam Cinta-Mu..

Amin ya Rabbal Alamin...

♥ DIA BUKAN JODOHKU ♥



♥ DIA BUKAN JODOHKU ♥

Ya Allah,
andai cinta itu milik kami,
biar apa jua dugaannya,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk mengharunginya.

Ya Allah,
andai cinta itu bukan lagi milik kami,
biar seberapa kali kami cuba pertahankan,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk menerima segala takdirMu yang indah ini...
____________________________________________

Andai suatu detik,
apabila Allah menjauhkan dan memisahkan kamu,
dari insan yang kamu terlalu cintai,
maka ucapkanlah,
"Allah Maha Mengetahui, DIA BUKAN JODOHKU"
terimalah dengan hati yang tenang dan terbuka,
redhalah dengan ketentuan takdir dariNya,
kerana milik Allah jualah segala cinta yang ada di dunia...
___________________________________________

::: ~JANJI ALLAH ITU PASTI ~ :::



"Allah tidak pernah berjanji kepada sesiapa yang taat dan patuh kepadaNya
akan bahagia dan senang didunia yang sementara,

tetapi,

Dia berjanji kepada sesiapa yang taat dan patuh kepadaNya
akan bahagia dan senang diakhirat yang kekal selama-lamanya..."

::: Bila hati merindu, Sandarkanlah hati itu pada Allah :::



::: Bila hati merindu, Sandarkanlah hati itu pada Allah :::

SATU HARI nanti awak akan MENANGIS untuk saya seperti saya menangis untuk awak,
SATU HARI nanti awak akan MERINDUI saya seperti saya merindui awak,
SATU HARI nanti awak akan MEMERLUKAN saya seperti saya memerlukan awak,
SATU HARI nanti awak akan MENCINTAI saya TAPI saya tak mungkin mencintai lagi,
Kerana saat itu, Allah tidak lagi mengizinkan saya mencintai awak seperti saat ini...

Allah selalu ada untukku, untukmu, dan untuk kita semua ~ Alhamdulillah! :) ♥

♥ ::: ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA ::: ♥



 ::: ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA  ::: 

Wahai hati  bersabarlah…
Wahai jiwa  janganlah engkau lengah…
Wahai diri  janganlah engkau lupa…
bahwa ada Allah yang sentiasa menemani setiap langkah..

ALLAH tak pernah hampakan hambanya. 
ALLAH tak pernah tinggalkan hambanya 
yang sedang dalam kesusahan. 
ALLAH tak akan pernah mengeluh 
kerana asyik dengar rintihan kita..
sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita..

Jangan pernah berputus asa dari rahmatNya yang Maha Esa. 
Jangan pernah lupa ujian adalah nikmat dunia.

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu
Pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. 
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, 
retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu 
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya

jika ada di antara kita yang sekarang ini diuji dengan apa jua ujian sekalipun, 
ingatlah, innallaha maana. Allah bersama kita. 
Hadapilah halangan itu dengan sebaiknya. 
Halangan itu antara tujuannya adalah untuk menjadikan diri kita lebih hebat.
Andai seluruh dunia berpakat menjatuhkan kita, 
jika tanpa izin dari Allah, 
pakatan itu tidak akan ada kesannya buat kita. 
Bersabarlah wahai mujahid mujahidah.

:)

12 Sifat SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

~ Menghindar keletihan ketika bekerja ~

ADA ketikanya seseorang pekerja mengadu keletihan selepas pulang ke rumah. Mereka yang bekerja di ladang dan sebagai buruh binaan akan berasa tubuh badan letih dan sakit-sakit kerana banyak keluarkan tenaga ketika menggunakan tulang empat kerat.

Mereka yang bekerja di pejabat pula mengadu letih terutama minda dan mata kerana terlalu kerap bermesyuarat, berfikir dan menghadap komputer.

Selain memakan vitamin dan pelbagai makanan tambahan berkhasiat, seseorang pekerja boleh mengelak keletihan dengan pelbagai cara yang disyorkan doktor dan orang tua. Jika tidak, sikap malas, lesu dan bosan akan menguasai diri hingga menjejaskan produktiviti.

Untuk menghilangkan rasa letih, beberapa petua boleh dicuba. Antaranya:

- Bersifat positif terhadap pekerjaan:

Ketika bekerja, kita hendaklah terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang kita buat.

- Bersantai sejenak:

Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika bekerja.

Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau
10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.

- Nikmati humor dan ketawa:

Pelbagai cara boleh dibuat seperti membaca komik dan kartun atau berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa. Humor dan ketawa dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram.

- Bekerja secara sistematik:

Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.

- Banyak minum air mineral:

Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh.

- Lakukan aktiviti fizik:

Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Bila pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, untuk naik-turun pilihlah menggunakan tangga daripada lif. Jika surau pejabat anda di tingkat satu dan anda bekerja di tingkat lima, apa salahnya turun naik menggunakan tangga untuk menunaikan solat.

SEMOGA BERJAYA!!!!!!!!!!!!!!

Bila dia tidak ada,Maka carilah !

bismillah

assalamualaikum wmt wbt dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog dakwah circle (n_n)


Pasang surut dalam persahabatan dan dakwah datang dan pergi silih berganti. Mana mungkin dalam sesuatu jalinan ikatan yang dibina tidak ditimpa tribulasi mahupun ujian yang datang menguji untuk melihat sekukuh mana jalinan dibina.



“Hak seorang muslim terhadap seorang muslim adalah enam perkara:
1)Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah memberi salam.
2)Apabila beliau menjemputmu hendaklah engkau menunaikan jemputannya.
3)Apabila beliau meminta nasihatmu hendaklah engkau menasihatinya.
4)Apabila beliau bersin dan menyebut Alhamdulillah hendaklah engkau menyebut yarhamkallah.
5)Apabila beliau sakit hendaklah engkau menziarahinya dan
6)pabila beliau meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya.”
(Hadis riwayat Muslim)

*****************************************************

Mahu menyebarkan haruman nasihat Abbas As-Siisiy yang dipetik melalui kitab "bagaimana menyentuh hati"
(versi indonesia)


Dia adalah sebaik-baik teman, paling aktif ke masjid dan sangat mencintai teman-temannya. Tiba-tiba, lama sekali tidak kelihatan batang hidungnya di tengah-tengah mereka. Ketika kemudian dia dapat berkumpul kembali, tiba-tiba datang seorang teman datang memaki-makinya. Dengan nada sedih dia berkata;

"Kenapa kamu sekarang menengokku? Ke mana saja kamu dan teman-teman selama ini? Mengapa tidak berusaha mencariku selama beberapa bulan terakhir ini? Sebenarnya,saya sangat memerlukan kehadiran kalian di sampingku di saat istriku meninggal dunia, dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Saya membutuhkan orang-orang yang akrab dengan saya pada saat-saat kritis seperti itu."
Hal ini menjadi pelajaran berharga bagi saudara-saudara yang belum memenuhi kewajiban kepada saudaranya yang lain dalam hal memantau kondisinya. Ini merupakan kewajipan minimal.

Kerana Rasul telah bersabda, "Bila ia tidak ada maka carilah"

Ini sekadar contoh, seseorang yang lama tidak muncul dan tidak diketahui penyebabnya, tidak akan jelas alasannya kecuali setelah menanyakannya.

**********************************

Wahai jiwa dan diri..!

Bukankah lebih baik sekiranya kita bertanya khabar teman kita dan menyelami isi hatinya bagi memahami hatinya yang mungkin sedang berkecamuk dengan pelbagai masalah.

Berbanding....

Kita bersangka yang bukan-bukan tentang teman kita.

"Hai orang-orang beriman,jauhilah kebanyakan dari prasangka.Sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebagian kalian mengunjing sebagian yang lain."
(Al-Hujurat:12)

Apakah Erti Sebenar Cinta, Kasih, Sayang Dan Hati?



C- Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tidak melanggar batas agama
I- Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum bernikah)
N- Nikah didahulukan sebagai pembuka gerbang kebahagiaan
T- Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang sesama.
A- Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K- Kasih berputik dikala pertunangan diikat dan akan menjadi halal.
A- Akad dilafaz cinta berbunga
S- Suami disanjung tinggi dan dikasihi
I- Isteri disayangi dan dimanjai
H- Harumlah kasih sepanjang zaman



S- Sayangkan isteri kasihkan suami selalu
A- Ada masalah, dibincangkan bersama dengan penuh romantis
Y- Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A- Amalkan hidup bertoleransi dan berkasih sayang
N- Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama dalam perhubungan.
G- Gaduh sesekali tu perkara biasa. Namun sekali kala, sebelah pihak perlu mengalah untuk kebaikan bersama.

H- Hati suami mesti dijaga
A- Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T- Tanggung-jawab dipikul bersama
I- Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti



Insyallah, moga maksud yang diterangkan dapat memandu isteri dan suami dalam melayari bahtera keindahan dalam perkahwinan dan berkekalan sehingga ke akhir hayat!

~ 6 Sifat Wanita Yang Di Sukai Lelaki ~

Mengekalkan hubungan cinta dalam rumahtangga tidak semudah mendirikannya. Saban tahun ribuan pasangan mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing, lantaran tiada kesefahaman dalam melayari bahtera perkahwinan.

Mengapa hal ini perlu terjadi? Sedangkan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta seharusnya dapat dilalui dengan bahagia sehingga ke akhir hayat. Apabila perceraian berlaku, ramai yang menunding jari ke arah para isteri.

Jadi, pada entri kali, Pakar Cinta ingin sekali mengemukakan 6 sifat utama yang paling disukai lelaki. Semoga dengan adanya ‘guidelines’ ini dalam diri seorang wanita, wanita itu akan jadi lebih berhati-hati.

1. Sikap Keibuan

Kekalkan sifat keibuan yang anda miliki. Ingat, itulah antara tanda salah satu sifat yang membuatkan suami anda jatuh cinta ketika di awal pertemuan. Wajah lembut itu mampu membuatkan jiwa lelaki tenang walaupun hakikatnya anda berdua sudah berusia.

2. Keanak-Anakan

Jangan anggap usia sebagai penghalang untuk anda sesekali berperangai seperti kebudak-budakan. Asalkan wajar dan tidak melampau. Wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh Pengertian

Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Misalnya, jika suami anda melakukan kesilapan, elakkan mengeluar kata-kata kesat dan tuduhan.

4. Menghargai

Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga dan sangat mensyukuri kehadiran anda.

5. Menjaga Penampilan

Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.

6. Pandai Berbicara

Lelaki amat tertarik dengan wanita yang pandai berbicara dan boleh di ajak berbual. Biarpun topik yang dibualkan bukan kegemaran anda, tetapi anda harus bijak mendengar dan memberi respon kepada perbualannya.
Lelaki juga suka dengan wanita yang pandai bergurau dan menyelitkan jenaka dalam komunikasinya.

~ Cintakan Sesuatu Kerana Allah ~

Kenapa?

Kenapa manusia jarang menangis kerana Allah..?

Kenapa manusia jarang menangis kerana
membaca sejarah nabi…?

Kenapa manusia jarang menangis melihat kesengsaraan palestin..?

Alangkah

Alangkah baiknya kalau tangisan itu bercucuran ketika engkau sujud kepada Allah

Alangkah baiknya kalau tangisan itu bercucuran ketika engkau mengingati perjuangan para nabi & rasul dalam menegakkan kalimah Allah..

Alangkah baiknya kalau tangisan itu bercucuran kerana engkau tidak mampu membantu saudaramu yang dianiaya oleh Yahudi

Tidakkah

Tidakkah engkau takut akan seksa dan azab Allah?



Rasulullah saw. bersabda : “Sesungguhnya seringan-ringan siksaan siksaan penghuni Neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya dua bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada di kepalanya.(dari sebab panasnya kedua bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dashyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

“…Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.” [Al Kahfi 29]

Bertaubatlah

Ya Allah, inikah diriku ?
Yang menjalankan perintahMu hanya kerana sesuatu ?
Ya Allah, inikah diriku ?
Yang selalu terselip kemunafikan di kala menghadap Mu ?
Ya Allah, inikah diriku ?
Yang akan merasa takut karena neraka Mu ?

Ya Allah, ampunilah aku…
Yang belum penuh cinta dan khusyu pada Mu
Ya Allah, ampunilah aku….
Jangan jadikan aku di dalam golongan munafiqun
Ya Allah, ampunilah aku….
Tunjukilah…bimbinglah diriku
Agar termasuk orang-orang yang sabar dan ikhlas pada Mu….Amiin Ya Rabbi..

Kenapa Suami Bersikap Dingin Terhadap Isteri?

Lelaki mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita itu memerlukan cintanya. Jika kemesraan semakin jauh dalam sebuah hubungan percintaan atau perkahwinan, ia sebenarnya satu isyarat kepada anda.



Sekiranya, suami tidak lagi menghubungi anda apabila berjauhan seperti dahulu, menolak pelawaan makan malam bersama atau tidak mahu lagi berpegangan tangan, isyarat dingin itu perlu anda susuli dengan tindakan. Jika sikapnya masih berterusan, anda harus mencari inisiatif dan berusaha mengembalikan semula kemesraan. Jika si dia masih bersikap tidak ambil peduli terhadap anda dan sentiasa ingin berjauhan saat anda memerlukannya, lakukanlah sesuatu.

Namun, jika si dia tidak menghubungi anda dalam masa sehari dua, jangan cepat berprasangka buruk terutama menuduhnya sedang menjalin hubungan dengan wanita lain. Ingat, lelaki mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita itu memerlukan cintanya. Walaupun mereka terus bersikap sedemikian, tidak bermakna mereka tidak menyintai dan enggan bermesra dengan pasangan.

Terdapat 5 kemungkinan si dia bersikap sebegitu terhadap anda:

1. Tidak Yakin dengan Cinta

Si dia tidak yakin apakah perasaannya terhadap hubungan yang sedang dijalin. Namun, ia bukanlah faktor utama. Jadi, anda tidak perlu mendesak atau menuduh pasangan tidak serius dengan hubungan yang sedang dijalin.

2. Takut dengan Cemuhan

Dia khuatir dengan apa yang difikirkan orang lain. Saat anda berpegang tangan dengannya, reaksi teman-teman anda dan orang di sekeliling adalah berbeza. Rakan-rakan wanita biasanya akan memberi pandangan yang berbeza, sedangkan rakan-rakan lelaki umumnya akan mencemuh atau menganggap anda berdua sengaja menunjuk-nunjuk. Hal inilah yang mengganggu si dia sehingga menyebabkan dia memilih tidak mahu menunjukkan kemesraan di depan umum.



3. Pengaruh Zaman Kanak-Kanak


Si dia datang dari keluarga yang tidak menunjukkan rasa sayang. Sewaktu kecil, ibu bapanya tidak banyak menyatakan rasa sayang dalam bentuk ucapan mahupun belaian pada kepala, pipi, atau menerusi pelukan. Apabila anda ingin membuktikannya, cuba lihat bagaimana situasinya saat si dia bertemu saudara perempuan atau ibunya. Anda perlu mengubah kebiasaan ini, tetapi harus melakukan perubahan itu secara perlahan-lahan.

4. Akibat Desakan

Adakah anda terlalu mendesaknya untuk menunjukkan reaksi sayang terhadap anda? Misalnya dengan pertanyaan seperti, ’sayang I tak’? atau tanpa segan, anda memegang tangannya saat memasuki pusat beli-belah atau ketika menghadiri resepsi perkahwinan rakan-rakan atau saudara-mara. Mungkin kemesraan yang perlu ditunjukkan itu bergantung pada tempat dan situasi. Jadi, lebih baik anda bersemuka dan bincangkan bersama. Jangan mendesak sekiranya dia bertegas tidak suka kerana ini akan mengeruhkan hubungan atau dia melakukannya dengan terpaksa.

5. Tidak Suka di Kongkong

Kemungkinan dia tergolong dalam individu yang cepat rimas atau tidak suka dikongkong. Takut pada ruang yang sempit atau berdekatan atau merasa dirinya seperti perlu membuat pelbagai perkara demi anda. Dia rimas sekiranya orang lain berada terlalu dekat dengannya, termasuk kekasihnya. Lelaki sebegini sentiasa memerlukan ruang yang lebih luas untuk dia berkomunikasi lebih lancar dengan kekasihnya.

Sayang, Kenapa Cintakan Saya?

Sayang.. Kenapa Cintakan Saya?

Bila ditanya dengan soalan “Sayang kenapa cintakan saya?”. Sukar untuk menyatakan jawapan dalam ayat yang mudah. Tiada perkataan yang dapat diungkap untuk menjelaskan kenapa rasa cinta ini wujud.


Yang boleh dijawab, tidak tahu hendak memberi jawapan kenapa menyintai dan terus menyintai.

Jika pada masa mula jatuh cinta, jawapan mungkin mudah. Jatuh cinta pada rupa, pada tingkah laku, pada jenaka, pada budi bahasa, pada apa jua yang menarik yang sebabkan tertarik. Hati sentiasa ingat, makan tidak lalu, tidur tidak lena dan mandi tidak basah. Semua itu dirasa bila mula bercinta.


Namun seperti mana perkara-perkara yang wujud dalam kehidupan, cintakan akan menjadi dewasa, selaras dengan masa dan selaras dengan matangnya hubungan.

Semakin lama percintaan, semakin bertambah perkara-perkara dalam kehidupan dikongsikan bersama. Mula pada awalnya mungkin perkara-perkara mudah. Berkongsi bayar makan dan minum, berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Lama kelamaan hampir semua perkara dikongsikan bersama selaras dengan dewasanya cinta.

Kehidupan mu adalah kehidupan ku, kehidupan ku adalah kehidupan mu, ia menjadi kehidupan kita.


Cinta kini menjadi kehidupan. Pengkongsian kehidupan dua insan lelaki dan wanita, adalah percintaan. Usaha untuk memberi dan menerima, usaha untuk mengalah atau mengambil jalan tengah, usaha berunding, merajuk dan luahan perasaan. Semua itu adalah percintaan.

Kenyataannya. Tiada yang sama antara dua insan, lelaki dan wanita. Dari semua segi adalah berbeza, tubuh badan, perasaan, permikiran, sikap, semuanya berbeza.

Yang sama hanyalah cinta… Cinta yang menjadi pengikat… Dua insan lelaki dan wanita yang saling berbeza. Pengikat itu adalah pemahaman bahawa dua insan bercinta lelaki dan wanita, adalah dua insan yang berlainan dan berbeza. Kekuatan ikatan adalah sikap saling hormat menghormati atas pemahaman itu.

Untuk jawapan kepada “Sayang kenapa cintakan saya?”


Lihatlah mataku, nampaklah dirimu. Sentuhlah hatiku, disitulah dirimu. Lihat hidupku itulah hidupmu dan tentunya, Aku Cinta Pada Mu.. :)

Mengapa Awak Menyintai Saya?


Cinta..

Mengapa kita bercinta? Apakah yang menyebabkan kita jatuh cinta pada seseorang? Apa yang special sangat si dia sampaikan awak jatuh cinta pada si dia?


Sayangku..

Kenapa kita sering cinta mencintai? Apakah yang menyebabkan kita betul-betul sayang terhadap seseorang? Apakah yang ada pada orang yang kita sayangi sampaikan kita terlalu mencintainya?

Semua soalan-soalan ini sering ditanya kepada insan yang kita sayang di sekeliling kita. Dan pastinya kita mahukan segala jawapan dari persoalan-persoalan ini.

“Awak, saya berminat dengan anak awak. Kalau boleh nak berkenalan!”

“Mengapa”?

“Sebab saya tahu awak akan jatuh cinta pada saya!”

Cukuplah setakat di situ. Tiada soalan mengapa dia akan jatuh cinta dan tiada jawapan mengapa dia akan jatuh cinta. Pernahkah satu ketika, anda tertanya-tanya mengapa anda menyayangi insan yang berada di sekeliling anda dan anda tidak bertemu dengan jawapan kepada persoalan itu?

Bersunguh-sungguh anda mencari jawapan kepada soalan yang bermain di benak fikiran namun bimbang apabila ditanya nanti, anda tidak mempunyai jawapan yang tepat.

Namun,

Tetap tiada..

Masih juga tiada jawapan yang benar-benar boleh menjawab persoalan anda..

Bertanyalah kepada diri..


Kerana kadang-kadang cinta tidak memerlukan sebab………..

Anda sambung lah bagi jawapannya.. :)

~ Ku Tunggu Pinangan Mu ~



sekadar hiasan

♥ Jangan engkau puja puji kami bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu. Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga kami lupa bahawa kita sedang bermaksiat.

Kau puji diriku,tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai rayuanmu. Tidak.. tidak akhi, kami ingin kau puji setelah kau halal bagiku. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..


♥ Tak akan kami langgar iffah ku dengan ajakan khalwat dari mu.
Engkaupun sebenarnya tahu, hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuat kita tak berdaya kerana pihak ketiga yang tak lain syaitan yang ada di dekat kita. Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..

.
♥ Jagalah sikapmu pada kami, maka akan kami jaga sikapku padamu,kami lemah akan sanjunganmu. Kecintaan ini ingin kami persembahkan kelak untuk suami, cinta nan kasih ini yang akan kami tuai untuk mencari ke redhaan suami kelak.

Jadi bagaimana mungkin kami mencinta pada hal yang tidak halal bagi kami, tentu Allah tak akan pernah ridha pada kami. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..

.
♥ Jilbabku untuk melindungi kehormatan kami, santun kami untuk menjaga iffah . Jangan kau lenakan kami agar kami lepas kan kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagi kami.

Kami ingin engkau ikut menjaga kehormatan kami dengan menjaga kami, bukan malah membawa pada kenistaan. Agar kau mampu menjaga kami secara utuh, Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..

.
♥ Kami memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasannya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi kami akan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan kami akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu.

Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..

.
♥ Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar, tetapi kau akan menjadi hebat seperti Ali ketika kau menjaga kami dalam kelemahan kami dan kau akan sekuat Umar agar kami tidak selalu menjadi tulang yang bengkok.

Kami memerlukan imam yang boleh menjaga keimanan, bukan yang mebawa kami pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..


♥ Sungguh, kami memang tidak mampu menahan kala kami jatuh hati,tetapi kami tak akan mempertaruh pesona kami hanya kerana cinta yang menuntut nafsu pada keramahan syaitan pada kami. Bukanlah jatuh cinta bila kau ajak kami pada kemaksiatan.

Bila kau memang jatuh cinta pada kami, jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan menuntutmu untuk berbuat nista. Izinkan kami menjaga hatimu, agar kita boleh menjelang bersama JannahNya. Maka datangilah waliku akhi..

Ku tunggu pinanganmu.. :)


“Wahai jika engkau memiliki cinta
Dan telah terdorong dengan kerinduan
Maka anggaplah jarak perjalanan itu dekat
Kerana kecintaan dan kerelaanmu pada penyeru
Ketika mereka menyeru,
Maka katakanlah, kami penuhi panggilanmu.
Seribu kali dengan sempurna
Janganlah kau berpaling
Hanya kerana melihat gerimis
Jika engkau melihatnya..” –