~ Noda Hati ~


Bak kotoran yang menempel di wajah, ada sepuluh noda hati yang harus dibersihkan daripada wajah hati kita. Perlu dibersihkan segala noda itu daripada terus menebal di hati agar hati selalu tenang. Dengan hati yang tenang wajah juga pasti akan nampak awet muda dan berseri-seri
.
1. Noda  Buruk Sangka
Tepislah noda ini seawal mungkin. Jangan sesekali dibiarkan noda ini terus menebal di hati kerana noda ini akan meninggalkan bekas yang susah sekali untuk dihilangkan apabila ia semakin berkarat di hati. Basmi noda ini dengan sikap saling percaya dan menerima. Saling percaya akan mengasuh hati supaya tidak mudah berfikir negatif terhadap teman atau rakan dakwah
Apabila noda ini dapat dibersihkan daripada dasar hati, kita akan menjadi seorang yang tidak mudah menjatuhkan hukuman dan menilai secara sesuka hati terhadap orang lain yang tidak sependapat dengan kita. Sebaliknya, kita akan menjadi seseorang yang lebih mengutamakan baik sangka kerana menyedari betapa selama dia menjadi seorang muslim maka dia adalah saudara.
.
2. Noda Cinta Dunia & Panjang Angan-Angan
Hapuskanlah noda ini dengan menyedarkan diri akan takutnya kematian yang mungkin datang secara tiba-tiba. Kecintaan kepada hidup didunia akan menggiring kita kepada keterlenaan dan ketidakwaspadaan. Diri akan terjerat dalam sangkar alpa yang merasakan seakan hidup kita di dunia ini tidak akan bernoktah. 
Kerana alpa, kita melalui dan menganggap hidup hanya masalah senang-senang sahaja, tanpa pernah tahu bagaimana cara memaknakan dengan lebih berharga. Hidup sarat dengan memupuk angan-angan setinggi gunung yang menjulang. Seolah tidak pernah ada  kata mati. Hidup dan terus hidup. Senang dan bahagia selalu tanpa ada kesedaran bahawa akan tiba masanya jiwa direnggut dari raga. Tidak pernah terfikir membuat persiapan menghadapi saat roh terpisah dari jasad.
.
3. Noda Bangga Diri
Bersihkan wajah hati daripada noda ini dengan mengingati betapa segala yang kita miliki adalah kurnia Allah SWT dan rasa takut terhadap bahaya yang menimpa sesudahnya. Yakinlah diri takut terhadap bahaya yang menimpa sesudahnya. Yakinlah diri bahawa segala yang kita banggakan hanyalah pinjaman daripada Allah. Ia bukan mutlak milik kita, tetapi hanyalah pinjaman.
kurniaan yang diberikan kepada kita jangan kemudian menyebabkan kita menjadi sombong, tetapi seharusnya membuat kita sentiasa bersyukur atas kelebihan yang dimiliki.
Sedarkan hati bahawa akan ada bahaya yang akan menimpa kerana kesombongan hati. Didik hati dengan seikhlas rasa agar tidak mengarah kepada kesombongan yang boleh membawa kepada kehancuran. Kuatkan kesedaran itu, agar hati selalu tenang. Tidak mudah berbangga diri dan merasa lebih tinggi daripada orang lain. Hindari daripada kesombongan , riak dan takkabur yang boleh menjerumuskan diri ke alam kemurkaan Allah SWT.
4.Noda Meremehkan & Kurang Menghargai Orang Lain
Sikap ini sangat penting untuk dibersihkan daripada hati kita. Kebiasaan masyarakat umum seringkali memandang manusia berdasarkan pakaian yang dipakai, pendidikan, kelulusan akademik yang dimilikinya dan perhiasan mewah yang menghiasi tubuh.
Noda ini akan menjadikan seseorang itu sering lupa diri sehingga bertemu dengan orang yang sederhana, tidak terlalu menyerlah penampilannya, mereka akan cenderung untuk memandang rendah. 
Sekarang cuba tanya diri sendiri, mana yang lebih kita pandang. Orang yang mempunyai ijazah atau hanya pelajar lepasan sekolah pondok? Cuba jawab dengan jujur
Kita akan mengetahui jawapannya, apakah kita sedang terkena noda ini atau tidak. Tepislah noda ini dengan mengenali hak dan kehormatan mereka. Siapapun dia, dia berhak mendapatkan penghormatan yang selayaknya, juga diperlakukan sama dengn orang lain.
.
5. Noda Dengki
Noda ini memang sangan menular dalam kalangan golongan remaja. Terutamanya apabila melihat kawan-kawan mereka mendapat kebahagiaan dan sesuatu kelebihan, mereka akan merasa iri hati dan dengki dengan kenikmatan itu. 
“Kenapa bukan saya? Kenapa dia?”
Bersihkan noda ini dengan sikap rela dan menerima pemberian Allah SWT. Syukuri dan relakan apa yang sudah dikurniakan Allah SWT, sebagai nikmat terindah. Yakinlah bahawa apa yang dimiliki sekarang adalah apa yang sesuai dengan diri kita saat ini.

~ Mendamba Cinta Yang Halal Dan Diredhai ~


❝ℳℰℕDaℳ♭a ℭ¡ℕta Yaℕℊ ℋaℒaℒ daℕ d¡ℛℰdℍa¡..,❞ ヅヅヅ
dalam pantas waktu yang berlalu,
terpendam erat di sudut kalbu,
secebis rasa kasih dan rindu,
mengharap insan datang bertamu,

tidak ku mengharap dia yang sempurna,
kerna kusedar diri ini jua penuh noda,
harapan terlafaz pada Sang Pencipta,
biarlah ikhlas tulus mencinta,

tidak ku pinta mewahnya harta,
tidak ku damba indahnya paras dan rupa,
tidak mengira bagaimanapun dia,
akan kuterima dia apa adanya,

wahai kekasih yang bakal kutemui,
sandarkan cinta pada Sang Illahi,
biarlah aku terus menanti dirimu,
kerna terciptanya aku hanya untukmu,

~ Indahnya Didoakan Sahabat ~

Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.
Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita.
Lafaskan doa anda untuk sahabat kita. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita.
Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.
Ini sangat indah…
Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.
Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya. Ini sungguh luar biasa. Inilah sebuah ketulusan yang nyata. tiada berharap kecuali kepada Allah.
Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat  tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.
Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.
MAAFKANLAH….
Seperti yang telah kita ketahui, setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan. Begitu juga dengan sahabat yang kita sayangi.
Tidak tertutup kemungkinan sahabat yang kita sayangi melakukan kesalahan yang menyakiti kita. Baik itu kesalahan yang kecil mahupun kesalahan yang besar. Namun yang paling penting, adalah bagaimana menghadapi kesalahan~kesalahan yang dilakukannya.
Apakah kesalahan ini akan membuat kita membencinya dan tidak lagi menyayanginya ?
Kadangkala perilaku yang tidak kita senangi dilakukannya terhadap kita. Mungkin dia telah mengingkari janjinya untuk bertemu dengan kita pagi ini, atau mungkin dia lupa bahawa hari ini adalah hari jadi kita, atau mungkin dia telah mengucapkan suatu perkataan yang menyakiti hati kita.
Perlu kita ketahui “ Tiada seorang pun didunia ini yang ingin melakukan kesalahan ”.
Katakan dalam hati kita “mungkin dia lupa, mungkin dia sedang banyak masalah, mungkin dia sedang tidak sihat, mungkin dia sedang sibuk..”, atau kemungkinan yang lain.
Maafkanlah kesalahan~kesalahan sahabat kita. Sangat tidak wajar jika kita menghukum seorang sahabat dengan tiak memberi maaf dan tidak tersenyum kepadanya.
Dia mendapatkan hukuman hanya kerana dia melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sedangkan sahabat itu melakukannya bukan atas kehendaknya.
Maafkanlah… maafkanlah dia..
Lafaskanlah dengan lidah bahawa kita memaafkan setiap kesalahan~kesalahannya.
Semoga ini dapat melembutkan hati kita dan dapat menyayangi dengan lebih ikhlas
Sahabatku,
Katakanlah jika aku berbuat kesalahan
Jangan diam
Jangan memendam
Aku  ingin kita  tetap bersahabat selamanya…