~ Jiwa yang cantik ~


Jiwa yang cantik ialah:



Melukis KEKUATAN

melalui

MUSIBAH DAN UJIAN



Mengukir SENYUMAN

dikala saat jiwa di himpit

RESAH DAN KESAYUAN



Sentiasa TERTAWA

saat hati sedang

MENANGIS PILU DI JIWA



Terus TABAH

dan istiqomah di saat diri

DIHINA PENUH GUNDAH



Akhlak MEMPERSONA

kerana sifat

KEMAAFANNYA



Terus MENGASIHI

tanpa mengharap

BALASAN INSANI



Bertambah KUAT

dalam setiap doanya mengharap

REDHA TUHAN YANG ESA..

~Cinta Tanpa Noda~


ISTIMEWA BUAT REMAJAKU SAYANG YANG BELUM BERUMAH TANGGA...

Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia. (Al-An’am: 116).

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi  kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

~Lebih Rela Menjadi Fatimah~



Kasih seorang ayah jelas terpancar dengan ungkapannya, "Fatimah sebahagian daripadaku. Siapa yang menyakitinya beerti menyakitiku." (HR Bukhari). Bersyukurlah Abi Haura' dan Thorfina mencontohi kewibaan Rasulullah SAW dalam mencintai puteri-puteri baginda.


Bibirmu terkunci,
Senyummu terpaksa,
Demi maruah suami,
Kau diamkan segala.

Tangismu hiba di malam gelita,
Batinmu mengadu pada Yang Esa.

Kau tak mahu mengaibkan sesiapa,
Agar orang melihat tiada apa-apa.

Meskipun rahsiamu kemas tersimpan,
Allah tak rela kau menangis sendirian,
Kisah keluarga Nabi, Allah dedahkan,
Sebagai tauladan sepanjang zaman.

Konflik para isteri Nabi menjelaskan,
Betapa perit mengurus kecemburuan,
Walaupun oleh wanita paling beriman,
Apatah lagi dirimu wanita akhir zaman.

Terima-kasih buatmu Nabi,
Atas kebaikan cara, kemuliaan tujuan,
Atas kelembutan dan keadilan,
Wujudkah lelaki kini sebaik Nabi?

Aku belajar dari kepahitan mereka,
Bukan memilih kepahitan untuk belajar,
Terima-kasih Tuhanku tidak memaksa,
Menjaga agamaku daripada tercalar.

Pernikahan bukan medan percaturan,
Poligami bukan cuba-cubaan,
Tanpa keperluan ia bukan pilihan,
Hanya rukhsah ketika tiada jalan.

Syarat ta’liqku kukuh terpateri,
Kerana tiada lelaki sebaik Nabi,
Dan aku tak akan sebaik Aisyah,
Aku lebih rela menjadi Fatimah.

~ Insan Yang Di Cintai Allah ~

















Insan yang di cintai Allah ialah...

Yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmupengetahuan
Yang sentiasa mencari kebaikan dan pahala untuk akhirat
Yang solatnya maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah


Insan yang di cintai Allah ialah…

Yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang


Insan yang di cintai Allah ialah…

Insan yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangganya
Yang akan mendidik isteri/suami dan anak-anak mendalami islam
Yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat


Insan yang di cintai Allah ialah…

Yang sentiasa bersedia untuk menjadi insane yang penuh bertaqwa
Yang hidup dibawah naungan Al Quran dan mencontohi sahabiyyat…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja yang sia-sia
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya




Insan yang dicintai Allah ialah…

Dia tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca sirah serta kalam Allah
Suaranya lesu kerana penat menghafal serta mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan yang menenangkan
Bangunnya subuh penuh kecergasan serta keazaman
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Insan yang di cintai Allah ialah…..

Dia sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat semata
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Insan yang di cintai Allah ialah..

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa keluarga dan sahabatnya bersama
Dialah Insan yang di pimpin oleh Allah agar dia lebih dekat dengan-Nya…..

Kejelitaan Semulajadi (natural beauty)




1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty)
dengan tidak
memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga
emosi, fizikal dan mental. Gunakan
masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan
wawasan secara objektif,
jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap
malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat
subuh.


2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada
yang lembut, tidak
sengau atau suaranya terlalu kuat.


3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan
menggunakan perkataan yang
melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong'
serta 'minta maaf'. Jangan
gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti
bosan, sakit hati,
menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan
menyebabkan muka jadi
berkerut dan masam.


4. Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga.
Makanan yang berupa
ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-
buahan segar patut selalu
dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan
kulit.


5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih
dan lembut. Jangan
gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu
menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit
muka. Jangan banyak berangan.


6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis.
Bersihkan rambut
tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi
sikatan ke seluruh bahagian
kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur
dan berkilat. Ramai
lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi
kemas.


7.Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan.
Jauhi dari
berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun.
Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan
terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok
atau tegak.
Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka
elok ditundukkan sedikit.


8.Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai
duduklah dengan
cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi,
eloklah sila panggung. Jangan
mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan
bila bercakap. Cara bergerak
biarlah lemah-lembut.


9.Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan
tersengeh. Tutup mulut
bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu
senyum tapi untuk tujuan baik.


10.Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar
memandang sekeliling.
Tundukkan mata dan memandang hanya kepada
apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu
kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap
menjeling walaupun kepada buah hati anda.


11.Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan
ibu atau saudara bila
keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang
seawal mungkin.


12.Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan
bohong. Jauhi dari merungut.
Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati
orang lain. 

“Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”


Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’



Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

~Belajarlah Sayang~



Belajarlah sayang supaya terusBERSYUKUR walau KEKURANGAN 

Belajarlah sayang supaya terusIKHLAS walau TAK RELA

Belajarlah sayang supaya terus TAATwalau BERAT

Belajarlah sayang supaya terusMEMAHAMI walau TAK SEHATI

Belajarlah sayang supaya terusSETIA walau BANYAK GODAAN

Belajarlah sayang supaya terus MEMBERI walau TAK SEBERAPA

Belajarlah sayang supaya terus MENGASIHI walau kau DISAKITI

Belajarlah sayang supaya terus TENANG walau kau sedang GELISAH

Belajarlah sayang supaya terus PERCAYA walaupun SUSAH

Percayalah sayang bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu itu tanda Allah sentiasa SAYANG padamu

~Allah Sayang Kamu Melebihi Sayang Aku Padamu~Kisah Benar...


Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar...

Suatu petang, Akhi sedang merehatkan minda kesempatan ini Akhi ambil untuk ziarah sahabat facebook Akhi sambil menulis atikal di blog kesayang Akhi ini, sungguh tenang hati dengan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, terdetik hatiku : "subhanallah, Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Kuasa, Tuhan Yang Maha Bijaksana, bijaknya Allah, kuasanya Allah dapat mencipta semua ini, subhanallah"

"Assalammualaikum...." tiba-tiba chat msg facebook berbunyi..

Akhi menjawab salam, "waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh"..Akhi tersenyum (#^_^) apabila mengenali si pemberi salam itu, dia adalah sahabatku..

dan memulakan bicaranya, "bolehkah aku bertanya?"

Akhi tersenyum,(#^_^) "silakan"

Dia terdiam seketika, kemudian baharu memulakan menaip msg, "Semasa usia muda, aku ni sangat-sangat jahat..orang kata, kalau nak insaf pun, bertaubat ke, cukup ke setakat itu"

Akhi tersenyum, (#^_^)"Jadi..kamu nak buat apa selain daripada taubat ya Ukhuty?"

Dia terdiam seketika buat kali kedua, "Macam mana kalau aku ni minum arak, mencuri, hisap dadah, berzina dengan ramai lelaki, dan aku juga pernah menggugurkan kandunganku, perlukan aku meminta maaf?"

Akhi  tersenyum(#^_^) "Pertamanya, siapakah diri kamu"


Dia kehairanan dengan soalan Akhi  itu, dia terdiam agak lama berbanding tadi, "apa makna siapa diri aku?"

Akhi tersenyum, (#^_^) "Kamu adalah hamba Allah S.W.T..yang mencipta kamu adalah Allah S.W.T..tugas kita di alam dunia adalah beramal ibadah kepada Allah, itu aje..tak ada kerja lain..

Kalau kita buat kesalahan, membunuh dan sebagainya..maka pohonlah pada Allah..andai ia berkait dengan manusia seperti mencuri, kalau kita tegur dia, kita minta maaf padanya, dan dia menerimanya dengan baik, alhamdulillah..

Kalau dia tidak terima dan menyebabkan hal itu bertambah rumit, bertambah kebencian, maka janganlah tegur dia buat seketika yakni jangan menceritakan kesalahan kita padanya..mohonlah ampun pada Allah S.W.T..

Cukup ke sekadar mohon ampun sahaja? Dia bertanya...

Akhi tersenyum (#^_^).. Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..soal keampunan kita, di terima atau tidak, cukup atau tidak..itu bukan kerja kita, tetapi kerja Allah, hak Allah S.W.T..

Seperti amal ibadah, kita solat, apakah kita akan dapat pahala? tidak, kita tidak tahu apakah dapat pahala atau tidak..kerana bukan kita yang menentukannya, tetapi Allah..yang kita kena tahu, siapa kita..kita adalah hamba Allah..maka tugas kita adalah berusaha menjadi muslim yang beriman kepada Allah, itu aje..simple"

Dia kelihatan mampu tersenyum, (^_^) "Terima kasih ya Akhi, aku akan usaha..sebab apa yang aku buat dulu adalah tidak bermoral langsung..astaghfirullah"

Akhi  tersenyum (#^_^), "alhamdulillah..cuba buka kisah para sahabat Sayyiduna Rasulullah S.A.W..kalau kamu katakan kamu teruk, para sahabat sebelum mereka memeluk Islam, mereka lagi teruk, membunuh, minum arak, berzina, rogol, dan seumpamanya..tetapi mereka bertaubat kepada Allah, mereka kembali kepada Allah..alhamdulillah..

Kemudian, Allah mengangkat darjat mereka menjadi mulia dan tergolongan dalam golongan yang bertaqwa kepada Allah..dan kita juga boleh begitu, insya Allah..mohonlah ampun pada Allah..Allah Tuhan Yang Maha Pengampun"

Dia kelihatan masih muram, dan berkata, "syukurlah, aku risau tentang diri sendiri..hmmm"

Akhi  tersenyum,(#^_^) "Kita ingat kembali kisah jahat kita, kisah jahil kita..ia sebagai panduan kepada kita agar jangan buat lagi..lihat bagaimana Sayyidina Umar sentiasa menangis..kenapa dia menangis? dia menangis kerana mengenangkan kisah sebelum dia memeluk Islam, dia telah membunuh anak perempuannya..tetapi dia tidak jadikan itu sebagai alasan untuk tidak boleh berusaha memohon ampun kepada Allah..tetapi dia jadikan hal itu sebagai panduan, sebagai usaha untuk lebih mendekati Allah..dan kamu juga boleh..insya Allah..amin"

Kelihatannya, dia semakin tenang, "amin"

Akhi tersenyum,(#^_^) "alhamdulillah..Allah telah memuliakan mu ya Ukhuty..

Kita lihat diluar sana, masih ramai yang tidak sedar untuk kembali beriman kepada Allah..masih minum arak, masih berzina, membunuh,buang anak masih membuka aurat dan seumpamanya..tetapi kamu, Allah kurniakan hati yang dapat melihat semua itu dan sedar semua itu adalah salah, maka kamu hendak bertaubat..maka Allah telah memuliakanmu ya Ukhuty, Allah sayangkan kamu..maka hargailah kasih sayang Allah itu kepada kamu"

Dia tersenyum, (^_^)"terima kasih di atas nasihat ya Akhi"

Akhi  tersenyum,(#^_^) "alhamdulillah, segala nasihat, dan kata itu, bukan milikku, bukan dariku..tetapi adalah milik Allah..Allah pinjamkan ia kepadaku..pada diriku, tiada apa-apa pun, semuanya adalah milik Allah..maka ucaplah kesyukuran dan thanks to Allah.."

Dia tersenyum lebar.. (^_____^)

Lalu Akhi menjawap "alhamdulillah, ya Ukhuty, semoga Allah sentiasa bersamamu dengan Iman dan Islam..Allah sayangkanmu, melebihi sayang aku kepadamu"..

(#^_^) Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

Allah Tuhan Yang Maha Pengampun

~Teruna dan Dara~



Si Teruna: Maaf, tumpang tanya. LorongCINTA jalan SAYANG kampungRINDU daerah KASIH SAYANG pekanHATI bandar I MISS U katmana ye ?

Si Dara : Encik jalan terus ikut jalan ILAHI,nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalanNIKAH , sepanjang jalan tu akan nampak belah kanan , kedai BATAS² PERGAULANdan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasarPERSIAPKAN DIRI. tu tandanya encik berada di jalan betul. Semoga selamat sampai.

“Aku meminangmu kerana agamamu…”


Setiap orang pasti mendambakan pasangan yang idaman yang sempurna. Entah sempurna itu dilihat dari segi akhlak mahupun paras ataupun kriterianya yang lain.

Orang cantik takkan habis menghiasi dunia. Orang tampan pun akan sentiasa ada. Anak-anak yang comel akan membesar menjadi manusia dewasa yang menarik, cantik dan tampan. Walaupun tak menggoda, ada sahaja hati yang akan tergoda melirik, bahkan menginginkan. Walaupun telah ada seseorang yang setia mendampingi.

Cinta datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu.

Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kita.”

Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya.

Apa alasan Allah sebenarnya?

Inilah janji Allah : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu.

Pasanganmu akan berasal dari tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita dan pasangan kita akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang kuat.

Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna kerana engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Suatu pernikahan seharusnya membuat hati tenang selama qanaah menghiasi hati. Apa ertinya ucapan, “Aku meminangmu kerana agamamu…” jika ternyata setiap makhluk cantik yang boleh membuat mata seorang suami mencari yang lain. Apa ertinya ucapan, “Aku menerima pinanganmu kerana agamamu…” jika masih mengagumi ketampanan atau harta benda yang dimiliki lelaki lain.

Tiada manusia yang sempurna. Jika suatu pernikahan itu syaratnya harus membuatkan orang sempurna, maka mungkin tidak ada pernikahan yang berjaya di dunia ini. Ketidaksempurnaan pasangan tidak harus menjadikan alasan dalam pernikahan. Banyak hal di dunia ini yang tetap boleh berjalan walaupun tak sempurna. Bahkan kesempurnaan tak pernah menjamin kebahagiaan.

Jika telah ada seseorang yang mendampingimu, maka ialah yang terbaik. Jika “milik” orang lain nampak lebih baik, yakinlah bahawa itu bukan yang terbaik untukmu, kerana memang Allah tidak menaqdirkannya untukmu. Jika Allah telah takdirkan, jagalah semampumu. Dunia ini hanya ujian, bersabarlah.

Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya..

Jangan pernah kita sakiti hatinya

Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu..

Siramlah dengan air asmara jika hatinya kering

Cinta tidak akan abadi jika diantara kita

Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian

dan Cinta akan hancur

Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu..

Jagalah hati pasangan kita masing – masing

Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya

dan cinta juga boleh memberikan semangat..

Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati..

bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau..

kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya..

janganlah sekali – kali engkau bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya..

kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya,

maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan..

melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat.

Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat

apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..


Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…

♥Redha Allah terletak atas redha Ibu bapamu♥



Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap makanan,


Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,

Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata yang gugur bertaburan,

Ketika kita gembira... tangan ibu yang menadah Syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang darinya,

Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata: Sabar nak, Sabar ye sayang.... Sabar ye sayang....


Namun,

Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuapkan makanan,

Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata yang tenang,

Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu yang terlantar?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...

Ketika jenazah ibu nak dimandikan...

di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir dari anak kesayangan.

Tangan ibu, tangan ajaib...

Sentuhan ibu, sentuhan kasih...

Boleh membawa ke Syurga Firdausi...

Ciumlah tangan ibu, Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...


 
Biarpun dunia merayakan hari ibu untukmu.. namun bagiku setiap hari ini dan hari-hari seterusnya
adalah hari untukmu.. Tanpa emak siapalah sy.. Terima Kasih mak ats segalanya... I Love U Mom~~
Fahamilah bahawa ibu bapa adalah perantara yang menyebabkan kita berada di dunia ini. Mereka terlalu banyak berkorban tenaga, masa dan harta demi kebahagiaan anak-anak. Sedarilah bahawa ibu bapa kita kini telah tua, lemah tenaga, kabur penglihatan dan kurang pendengaran. Mereka sangat mengharapkan pertolongan dan perhatian anak-anak. Gembiralah ibu bapa andainya mereka di kasihi dan dimuliakan dan hancurlah hati ibu bapa jika kita menderhakainya. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu bapa amat besar dan tidak mungkin kita dapat menebusnya. 

“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [al-Isra’ 17:24]

Redha Allah terletak atas redha Ibu bapamu... jadi ibu, ku pinta jgnlah ibu lupa mendoakan diri ku... anak mu ini sentiasa mendoakan ibu supaya dikurniakan kesejahteraan di dunia dan beroleh syurga di akhirat nanti.. Amin Ya Rabb!