~ Semua Dari Hati ~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Solatlah dengan hati,
bukan hanya dengan kaki,
nescaya kau tidak merasai,
erti penat menghadap Illahi.

Berkata-katalah dengan hati,
bukan hanya melalui bibir,
ikhlas menyampai dari hati,
nescaya ada bezanya pasti.

Menulislah dengan hati,
bukan hanya tangan menaip,
pasti pembaca mampu hayati,
dari mata terus ke hati.

Mendengarlah dengan hati,
bukan hanya telinga disinggahi,
nescaya penyampai bukan kau perhati,
namun menghayati bait-bait isi.

Melihatlah dengan hati,
bukan hanya mata memerhati,
nescaya kau melihat keagungan Illahi,
di setiap darjah di setiap inci. 

Semua yang bermula dari hati,
akan sampai semula ke dalam hati,
menerobos dinding yang menghalangi,
kunci ikhlas untuk Illahi.

~ Motivasi Diri Sendiri ~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ujian datang bukan hanya bersilih ganti,
terkadang datang sekaligus bertubi-tubi,
sehinggakan terasa lemahnya diri.

Kita mencari-cari bantuan sejati,
untuk bangkit agar terus berdiri,
namun hanya pujukan berlalu sepi.

Kita mencari-cari sumber motivasi,
untuk menguatkan diri kembali,
namun hanya angin menghembus sepi.

Mungkin pengharapan terlalu tinggi,
terhadap kekuatan yang tidak pasti,
dimana kekuatan diri sendiri?

Mari kita sedari,
ada ketika ujian perlu dilalui sendiri-sendiri,
merangkak menyeberangi ujian berduri.

Ayuh motivasi diri sendiri,
memujuk diri dengan kalam illahi,
tiada ujian diberi melebihi batas diri,

Ayuh motivasi diri sendiri,
bahawa kita sebenarnya tidak bersendiri,
kerana ada Allah yang sentiasa menanti.

Kami mohon padaMu Illahi,
menguatkan diri-diri yang lemah ini,
melalui semua ujian yang Engkau beri.

~ UNTUKMU CALON IMAMKU ~

Wahai seseorang yang telah tertulis di lauhul mahfudz,
Imamku dan ayah dari anak-anakku, engkau yang akan bersamaku dalam perjalanan nanti…
Apakah yg sedang kau lakukan disana?

Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu tuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak…

Aku percaya kau sedang menempa dirimu dalam beribu cobaan dengan menelantarkan dirimu sendiri pada medan dakwah dan problematika ummat… mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu tuk ummat…

Aku percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia terutama ilmu akhirat, yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti…

Aku percaya Quran selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan dzikir slalu melantun menemani langkah jihadmu…

Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu…

Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah, untuk ummat, dan hanya kerana_Nya…

Aku percaya,kau sedang memantaskan diri dan terus memperbaiki diri dsana, di belahan bumi manapun kau berada…

Aku pun begitu wahai calon imamku…

Aku sedang belajar… belajar menempa diri, menjauhkan egoku demi ummat, membaktikan diriku untuk orang lain, agar baktiku padamu pun sempurna…

Aku sedang belajar, meniti dakwahku, meniti cita-cita duniaku, meniti cita-cita akhiratku, agar kelak keluarga islami dan kluarga Qur’ani yg aku inginkan nanti dapat kubangun bersamamu… kerana kau tahu? Meskipun kau Imamku, ibu adalah madrasah pertama bagi mujahidah kecilnya nanti…

Aku sedang belajar menjaga diri, menjaga pandangan dan hatiku, agar ketika kau memiliki hati ini, hati ini masih utuh sempurna hanya untukmu…

Aku sedang menempa diri, untuk menjadi seorang Khadijah untukmu, yang menjadi tempatmu membagi resah… seseorang yang kau datang padanya, saat kau tak tahu lagi akan datang pada siapa… seseorang yang menguatkanmu dan menggenggam slalu tanganmu dalam perjalanan jihadmu…

Akupun ingin menjadi ‘Aisyahmu, seorang yang membuatmu tersenyum dan kembali ceria saat penatmu mulai datang, seorang yang menyerap ilmu darimu dengan sempurna dan membenarkan apa-apa yang salah dalam lakumu, seseorang yang mencintaimu dengan cemburunya, namun kau rasakan sakitnya,saat ia tersakiti, hingga kau katakan pada yg lain “janganlah kau sakiti aku dengan cara menyakti ‘Aisyah”…

Aku ingin menjadi Fatimah, yang tak kau bagi cintamu pada yang lain.. bukan kerana aku tak percaya kau tidak dapat berlaku adil, tapi kerana aku ingin mencintaimu dengan sempurna, tanpa diganggu oleh cemburuku, itu saja !!

Tak kalah lagi, aku ingin menjadi seperti ibunda Hajar, yang tak gentar saat kau tinggalkan di padang pasir tandus dengan seorang bayi mungil di pelukan.. tak takut akan kehilanganmu, kerana keyakinanku pada Rabbku lebih besar daripada yakinku padamu… cintaku padamu, tak akan mengalahkan cintaku pada Rabbku…

Usahaku ini tidak mudah , begitupun usahamu..kuyakin itu..
Maka tetaplah dalam jihadmu..tetaplah dalam usahamu..tetaplah dalam ikhtiarmu… aku yakin kau kuat disana, dan doakanlah agar akupun kuat disini dalam jihad dan ikhtiarku…bawalah aku dalam tiap doa dan sujudmu, kumohon… kerana doa yg dapat menolongku…

Hingga saatnya, kita bertemu dalam ikatan suci menyempurnakan separuh dien… dan kita akan melanjutkan jihad kita bersama…

Dan nanti..terimalah aku apa adanya jika aku belum bisa menjadi Khadijahmu, ‘Aisyahmu atau bahkan menjadi seperti ibunda Hajar… tapi bimbinglah aku menjadi seperti mereka… dan kita bimbing bersama mujahid muda kita nanti tuk melanjutkan perjuangan dakwah ini…

Teruntukmu yang ada disana,kuatlah..dan bersabarlah…
Bawalah aku dalam doa dan sujudmu, agar cinta kita nanti, hanya kerana-Nya…Aamiin,

Susah Ke Nak Jadi MUSLIMAH?


Lihat sahaja peraturannya..
 - Aurat wanita lebih banyak daripada lelaki
 - Wanita perlu meminta izin dari suami bila hendak keluar, tetapi tidak sebaliknya.
 - Wanita menerima harta warisan hanya setengah dari bahagian lelaki
 - Wanita wajib taat pada suami, tapi tidak sebaliknya
 - Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
 - Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri
 - Wanita kurang dalam beribadah kerana adanya masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki

Tapi, pernahkah kita melihat kenyataan sebaliknya..
- Benda yang mahal harganya akan dijaga serta disimpan di tempat yang terselamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berserak bukan?

Itulah bandingannya dengan seorang wanita,
- Wanita perlu taat pada suami. Tapi tahukah? Lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya
- Wanita menerima warisan lebih sedikit dari lelaki. Tapi tahukah? Harta tersebut menjadi milik peribadi wanita dan tidak perlu diserahkan pada suaminya sementara lelaki apabila menerima warisan, dia perlu bahkan wajib menggunakan hartanya untuk anak isterinya.
- Wanita memang harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Tapi tahukah? Bahawa saat mengandung hingga melahirkan maka setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk Allah di muka bumi, dan tahukah? Jika ia meninggal kerana melahirkan maka dia syahid dan syurga menantinya.
- Tahukah? Di akhirat kelak seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu: isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggung terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
- Seorang lelaki wajib berjihad fi sabilillah, sementara bagi wanita jika taat pada suaminya, serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah maka dia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjidah fi sabillillah tanpa perlu mengangkat senjata.
- Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui pintu syurga mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat, yakni: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suami dan menjaga kehormatannya.

Wahai saudariku sesama muslimah, tidakkah beberapa perkara di atas menjadikanmu bersyukur telah dilahirkan sebagai seorang muslimah.
Jika kaum wanita mempunyai puluhan alasan untuk menuduh Islam sebagai agama pengekang kebebasan wanita, maka Islam punya ratusan bahkan ribuan pembelaan bahawa ajaran Islam adalah Rahmatan lil ‘alamin. Tak satu makhluk pun yang dizalimi dengan adanya syariat-Nya kerana Allah lebih tahu apa yang tidak kita ketahui.

~✿ Apakah Anda Seorang Pecinta? ✿~


Cinta dan keinginan.
Kata yang singkat namun ketahuilah bahawasanya tanpanya dunia akan sepi dan hampa. Ibnu Qoyyim mengatakan:
“…maka setiap perbuatan dan gerakan di alam semesta ini adalah berasal dari cinta dan keinginan. Kedua hal itulah yang mengawali segala pekerjaan dan gerakan, sebagaimana benci dan ketidaksukaan yang mengawali untuk meninggalkan dan menahan diri dari sesuatu.”
Tak hairan jika ada seseorang yang dengan relanya mengorbankan apa saja demi sesuatu yang dicintainya. Ibnu Qoyyim berkata:
“Cinta menggerakkan seorang pecinta untuk mencari yang dicintainya, dan kecintaannya akan sempurna manakala ia telah mendapatkannya . Maka cinta itulah yang menggerakkan pecinta Arrahman, pecinta Al-Quran, pecinta ilmu dan iman, pecinta materi dan uang, pecinta berhala dan salib, pecinta wanita dan anak-anak, pecinta tanah dan air dan cinta pula yang menggerakkan pecinta saudara-saudaranya.”
Orang yang mencinta akan bergetar hatinya saat yang dicintainya disebutkan namanya. Tentang fenomena para pecinta, Ibnu Qoyyim menyebutkan:
“Kerana itu engkau dapati pecinta wanita dan anak-anak, pecinta nyanyian dan Qur’an syaitan, mereka tidak bergerak hatinya ketika mendengarkan ilmu dan kesaksian iman, juga tidak ketika dibacakan Al-Qur’an. Tetapi saat disebutkan yang dicintainya serta-merta bangkitlah jiwanya, tergeraklah lahir batinnya, kerana rindu dan menikmati yang dicintainya, meski sekadar disebut namanya.”
Sungguh benar sekali apa yang telah dikatakan oleh Ibnu Qoyyim diatas. Dan tak ada yang dapat memahami apa yang telah beliau katakan kecuali orang yang pernah mencintai sesuatu. Jika ada seseorang mengatakan kepada orang yang ada dihadapannya: ”Saya mencintaimu!” apakah orang tersebut percaya begitu saja tanpa bukti yang nyata?
Ibnu Qoyyim menyebutkan ada 20 tanda dan bukti cinta:
Pertama,   pandangan mata, pandangan mata seorang pecinta itu hanya tertuju pada orang yang dicintai
Kedua, malu-malu jika orang yang dicintai memandangnya, maka dari itu didapati seorang pecinta hanya dapat memandang kebawah, kepermukaan tanah, disebabkan rasa segannya terhadap orang yang dicintainya
Ketiga, banyak mengingat orang yang dicintai, membicarakan dan menyebut namanya.
Keempat, tunduk kepada perintah orang yang dicintai dan mendahulukannya daripada kepentingan diri sendiri.
Kelima, bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai, iaitu  bersabar dalam melaksanakan keputusan orang yang dicintai
Keenam, memperhatikan perkataan orang yang dicintai dan mendengarkannya
Ketujuh, mencintai tempat dan rumah sang kekasih
Kelapan, segera menghampiri yang dicintai, kesibukan yang lain ditinggalkan dan menyukai apapun jalan yang dapat mendekatkan dirinya dengan orang yang dicintai.
Kesembilan, mencintai apapun yang dicintai sang kekasih
Kesepuluh, jalan yang terasa pendek – padahal panjang- saat mengunjungi sang kekasih
Kesebelas, salah tingkah jika sedang mengunjungi orang yang dicintai atau sedang dikunjungi orang yang dicintai
Keduabelas, kaget dan gemetar tatkala berhadapan dengan orang yang dicintai atau tatkala mendengar namanya disebut.
Ketigabelas, cemburu kepada orang yang dicintai, cemburunya akan bangkit jika kekasihnya dikhianati dan dirampas haknya.
Keempatbelas, berkorban apa saja untuk mendapatkan keredhaan orang yang dicintai
Kelimabelas, menyenangi apa pun yang membuat senang orang yang dicintai
Keenambelas, suka menyendiri.
Ketujuhbelas, tunduk dan patuh kepada orang yang dicintai
Kelapanbelas, helaan nafas yang panjang dan kerap.
Kesembilanbelas, menghindari hal-hal yang merenggangkan hubungan dengan yang dicintai dan membuatnya marah
Keduapuluh, adanya persamaan antara orang yang mencintai dan yang dicintai
Jika tanda dan bukti cinta itu telah ada maka yang perlu dipertanyakan ditujukan untuk siapakah perasaan cinta itu ? Ibnu Qoyyim menjelaskan setelah menjelaskan fenomena orang –orang yang mencinta :
”Semua kecintaan tersebut adalah batil kecuali kecintaan kepada Allah dan kepada rasul, kitab, agama dan para kekasihNya.”

Jika sesorang mengatakan: ” Saya mencintai Allah dan Rasulnya !” namun anehnya dia malah melakukan perbuatan-perbuatan yang membuat marah Allah ‘azza wa jalla maka patut dipertanyakan padanya bagaimana kesungguhan cintanya kepadaNya.
Allah berfirman yang ertinnya: “Katakanlah, ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikuti aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’ (Ali imran :31)
Sumber bacaan :
Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqin (terjemahan) Ibnu Qoyyim Al Jauziyyah, pustaka Al Kautsar Mawaridul Aman Al- Muntaqa min Ighatsatul Lahfan fi Mashayidisy Syaithan (terjemahan), Ibnu Qoyyim Al Jauziyyah editor syaikh Ali Hasan Abdul Hamid, Darul Falah

~ Apa Khabar Cinta ~


Assalamualaikum CINTA, apa khabar?
Apa khabar dengan HATI yang lama tak pernah ku jumpa?
Apa khabar dengan HATI yang masih dalam perjuangannya demi menggapai ridho-NYA?
Apa khabar dengan SETIA dan KEJUJURAN?
CINTA…
Andai saja aku dapat mengungkap semua kata dan rasa dalam hati yang aku ini, maka seribu lembar kertas pun tak akan cukup untuk ku meluahkannya. Banyak sekali CINTA, banyak yang ingin aku ungkap secara langsung di hadapan mu nanti. Andai kau tahu, aku hambar tanpa pengisi kasih dan peduli mu pada ku, andai sahaja kau tahu apa yang aku rasakan ini untuk mu.
CINTA…
Bukan yang bernama keegoisan rasa,
Bukan yang megucap “bagaimana?” namun “aku mengerti…”
Bukan “kamu di mana?” tapi “aku di sini….”
Bukan “aku ingin kamu seperti ini…” akan tetapi” aku mencintai mu dengan apa adanya diri mu…
Sepinya diri ku tanpa kamu di sini,
Hampanya hati ku kerana ku tahu dengan nyata kau tak berada di samping ku
Seringnya kau patahkan aku…
Namun aku bukan seorang yang mudah menyerah…
Aku bertahan kerana ada kejujuran ku… untuk mengasihi mu….
Luka itu memang sakit CINTA
Akan tetapi lebih sakit lagi jika aku membohongi diri ini
Mungkin aku dapat menggunakan dusta putih ku
Namun selama aku masih dapat menjaga kebaikan dalam jujur ku
Sungguh…
Demi DIA yang Maha Menghargai
Ku akan berjalan di sini tanpa ada paksa dari siapapun
Dan yang utuh adalah hanya ada nurani dan hati yang suci…
Ketika luka – luka telah mengering, selama itu pula aku haus untuk merindukan mu, pun selama luka itu masih basah dan masih pekat terasa ngilu di ulu hati ku.
CINTA…
Inginnya aku bersama mu, menjaga hati mu, mendampingi mu ketika resah dan gundah melanda mu, ahh… CINTA akankah kau tahu begitu dalamnya kasih ku. Sehingga semua luka dan kecewa itu tak akan mampu mengubahnya, sekalipun tidak pernah kau memintanya untuk aku melakukannya.
Maafkan CINTA, maafkan aku
Karena aku terlalu jujur pada perasaan ku
Dan semua, semua… masih tetap utuh pada tempatnya
Rasa yang bercampur baur, ada duka, ada kecewa
Namun ada pula rasa percaya di antara sejuta ragu
Ada setitik cahaya diantara gelapnya cakrawala 
Ketika smua terhempas karena sia – sia, maka akan ku coba pelajari kesedihan ini, kesakitan ini, dan ku anggap ini sebagai hadiah “besar”-NYA.
Derita ini adalah anugerah dan suatu kehormatan tersendiri bagi ku di atasnya dan di bawah kekuasaan-NYA. Jiwa tak akan pernah mengenal arti tegar jika ia hanya datar merasakan perjalanan hidupnya. Hati tak akan pernah mengerti rasa sakit, jika ia selalu bahagia, Maha Suci Tuhan Semesta Alam atas segala rangkaian hidup yang sempurna ini
Dan CINTA…
Kau membuatku banyak belajar dalam sakitnya aku ketika aku terhujam mendekam dalam tebing bebatuan yang tajam. Kau membuat ku menjadi orang dewasa dalam rasa kesyukuran ku pada-NYA.
Terima kasih CINTA, kau membuat aku menjadi jiwa yang sabar atas segala penantian dan pengertian. Secuil apapun itu harapan adalah tetap menjadi harapan. Dimana ia juga dapat tumbuh dari rasa kecewa, dari rasa luka. Maka biarkanlah dia tumbuh menjadi dewasa dalam matangnya pemahaman.
Mungkin aku akan berdiri di atas rangkaian jerami yang selalu ada di depanku ketika aku berjalan, dan tiada lain adalah rasa sabar ketika aku harus membersihkannya, tiada lain dari rasa ikhlas ketika aku merasa lelah untuk merapikannya agar ia tak melukai ku. Namun ketika goresan luka itu ada, tiada lain pula rasa bertahan  untuk ku mengobatinya. Dan tiada lain dengan rasa ikhlas aku melakukannya.
Begitu pula dengan mu CINTA…
Jika pun harus ada air mata
Maka biarlah ia menjadi teman sedih ku untuk menyayangi mu…
Jika ada rasa sakit mendera
Maka biarkanlah ia menjadi teman setia ku
CINTA…
Bila aku dapat menyentuh mu?
Dimana aku dapat menemui hangatnya jemari mu mengusap semua peluh ku?
Ataupun sebaliknya aku yang mengusap peluh di wajah mu…
Dan aku yang akan membelai lembut bahu mu
Ketika kau goyah di jalan perjuangan mu bersama ku
Agar kau tahu betapa pedulinya aku terhadap mu…
Engkaukah itu, Cinta?
Lelaki yang aku cintai hingga saat ini?
Aku menunggu dan akan terus menunggumu. . .

~ 4 Tips Memilih Calon Suami ~

Bagaimana nak mengenal pasangan anda?? Islam menyediakan sebuah proses perkenalan menuju pernikahan iaitu taaruf.
Tahukah apakah yang perlu diungkapkan kepada calon pasangan dalam taaruf? Di bawah adalah sedikit tips untuk memilih calon suami anda..
1.) Keadaan Keluarga
Jelaskan kepada calon pasangan tentang anggota keluarga masing-masing. Contohnya jumlah anggota keluarga, pendidikan, anak ke berapa?
“Pilihlah calon suami/isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat.” ~ (HR. Abu Daud)

2.) Harapan dan Prinsip Hidup
Setiap calon pasangan harus mengetahui harapan dan prinsip hidup masing-masing.
Terutamanya si suami kerana dia adalah qowwam dalam keluarga. Kita boleh menggunakan bahasa lebih lembut seperti: “Apa yang kamu rancang bila sudah berkahwin nanti?”

3.) Kesukaan dan Perkara Yang Tidak Di Sukai
Dari awal sebaiknya dijelaskan apa yang disukai, atau apa yang kurang disukai. Dalam pelayaran rumah tangga perlu saling mengerti.
Namun harus diingat bahawa perkahwinan itu bukan untuk merubah pasangan. Namun ia juga bukan untuk terus bersikap seolah-olah belum berkahwin.

4.) Ketaqwaan calon pasangan
Paling penting sekali dalam mengenali calon pasangan adalah nilai ketaqwaan lelaki tersebut. Ketaatan pada Allah menjamin kebahagiaan bahtera keluarga.
Kerana apabila seseorang lelaki senang, dia akan menghormati isterinya dan jika dia tidak menyenanginya tidak pula dia berlaku zalim pada isterinya.
Tapi bagaimana mengenalpasti ketaqwaan lelaki itu?? Mudah sahaja. Bertanyakan kepada orang yang dekat dengan dirinya, misalnya sahabat, atau saudara tentang ketaatannya menjalankan ketentuan yang menjadi rukun iman dan rukun islam.

P/s: Apatah lagi bila lelaki itu juga rajin  melakukan ibadah sunat, nampaknya anda tidak perlu lagi tawar-menawar untuk memilih pasangan bahtera anda.
Semoga kita berjaya mendapat suami yang soleh dan diberkati kehidupannya di dunia mahupun di akhirat. Insyaallah yea. Amin.. :)

~ Senaman untuk ibu hamil ~

RAMAI wanita aktif bertukar pasif apabila mendapati diri mereka berbadan dua.

Segala-galanya berubah dan aktiviti seharian yang sebelum ini penuh dengan pelbagai agenda turut dibatalkan hanya semata-mata bimbang anak dalam kandungan terjejas. Tambahan pula jika kandungan tersebut merupakan anak sulung. Kalau sebelum ini mengunjungi gimnasium antara agenda yang menjadi kewajipan wanita berkenaan tetapi kini tidak lagi. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila anggota keluarga merupakan pendorong utama mereka bertindak sedemikian rupa.

Kepercayaan dan amalan karut seharusnya dihindarkan khususnya kepada pasangan muda yang masih tidak punya pengalaman. Bagi bakal-bakal ibu terutama wanita muda yang mengandung anak pertama, mereka perlu mendapatkan nasihat daripada doktor mengenai penjagaan bayi dalam kandungan supaya sentiasa sihat dan aktif. Walau di mana anda berada sama ada di kampung atau di bandar, kesedaran perlu disemai bagi mewujudkan persekitaran hidup sihat tanpa wujud rasa sangsi dan curiga pada sesuatu perkara baru yang mendatangkan manfaat bersama.

Menurut Instruktor Senaman, Alex Eversden, ibu mengandung bukan sahaja perlu menitikberatkan penjagaan bentuk badan terutamanya selepas melahirkan anak bagi mendapatkan bentuk tubuh yang asal tetapi mereka juga mesti memberi keutamaan terhadap perkembangan bayi dalam kandungan.
Beliau memberitahu, amalan senaman sewaktu mengandung sebenarnya berupaya membantu ibu-ibu mendapatkan bentuk tubuh yang sempurna selepas melahirkan anak.

``Melakukan senaman semasa mengandung sebenarnya bukan sahaja memberi kelebihan kepada seseorang wanita memahami keadaan tubuh mereka tetapi ia juga memastikan kandungan mereka berada dalam keadaan normal,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini. Kata beliau lagi, wanita mengandung turut dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan doktor sebelum mengikuti program senaman yang disediakan. Perlu diingat, setiap kali senaman dilakukan jangan ia sampai membebankan diri sendiri kerana latihan yang diberi bukan bertujuan untuk mencederakan wanita terbabit dan menimbulkan rasa tidak selesa. Sekiranya amalan senaman dipatuhi seperti yang telah diarahkan, dengan secara tidak langsung ia membantu melancarkan peredaran darah pada jantung, pernafasan yang normal dan memelihara sistem metabolisme wanita mengandung.

Selain itu, senaman turut membantu meningkatkan peredaran darah dalam tubuh (melebihi 30 peratus), meningkatkan kadar degupan jantung dan mengawal tekanan darah.
``Ibu mengandung juga akan berasa lebih cergas dan membantu mereka berasa selesa di bahagian pelvis serta mengurangkan ketegangan pada anggota tubuh badan,'' ujarnya.
Alex berkata, selain untuk keseimbangan hormon, senaman turut membantu wanita berkenaan menyesuaikan diri mereka dengan saiz buah dada yang semakin membesar.
Katanya, aktiviti senaman boleh menguatkan otot-otot rahim supaya dapat menampung perkembangan kandungan yang semakin membesar dari bulan ke bulan.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan bakal-bakal ibu mengikuti kelas yang menggunakan teknik senaman dalam air.
``Cara ini telah diamalkan sejak zaman Greek dan Roman lagi malah menerusi teknik ini paras air yang mencecah hingga ke bahagian dada membantu menyokong berat badan ibu mengandung sebanyak 85 peratus,'' kata beliau.
Teknik senaman tersebut juga membantu wanita mengandung mengurangkan tekanan dan ia juga berupaya mengawal suhu badan manusia.
Pergerakan air membantu meningkatkan stamina dan memberikan ketenangan kepada wanita mengandung malah ia turut berfungsi membakar lemak serta mengurangkan kandungan kalori dalam badan.
Bagaimanapun, ibu mengandung yang mengamalkan aktiviti seumpama itu dinasihatkan supaya tidak melakukan senaman ketika cuaca panas, melakukan rawatan spa, mandi sauna dan jauhkan diri daripada persekitaran yang boleh menyebabkan suhu badan meningkat.
Sementara itu, mereka diingatkan supaya tidak melakukan senaman yang terlalu berat dan kurangkan aktiviti riadah sewaktu usia kandungan berada pada minggu ke-28.
Wanita mengandung tidak digalakkan melakukan senaman yang membabitkan posisi badan dalam keadaan baring pada jangka waktu dua hingga tiga minit kerana ia akan mendatangkan kesan terhadap bekalan darah kepada bayi.