MACAM MANA JIKA ESOK AKU JUGA TIBA-TIBA TIADA...?

Bismillahirrahmanirrahim...


Salam Tahun Baru. Semalam aku tidak meraikan apa-apa atau merasa apa2 kerana tahun baru dlm hidupku telahpun aku mulakan pada 1 Muharram yang lalu, yg pada malam itu aku berdoa padaNya untuk kebaikan seluruh hidupku sepanjang tahun hadapan, dan juga moga diampunkan segala dosa-dosaku sepanhang setahun yang telah aku tinggalkan di belakangku.

Hari terus berganti hari....dunia masih terus berputar seperti azali...laut masih berombak tanpa henti...hujan masih tetap turun membasahi bumi..begitulah lumrah kehidupan didunia yang telah diatur Allah sebaiknya. Otakku rancak memikirkan segalanya sambil berjalan menuruni anak tangga rumahku.Sejenak aku merenung segalanya...mamaksakan otakku berfikir tentang perkara yang berada di sekitarku.

Dalam perjalanan ke kedai runcit yang hanya 500meter dari rumah....aku terpandangkan kerusi panjang di tepi tangga. Dahulu, ketika aku lalu disitu, sering ada Pakcik Berahim, jiranku yang mengajar budak-budak mengaji, sangat baik orangnya. Pasti ditegurnya aku dengan senyuman yang ramah, bertanykan arah dan tujuanku mahu kemana. 3 hari selepas itu, aku mendapat berita yang mengejutkan . Pak Berahim telah meninggal dunia kerana darah tinggi.

Hari ini..kerusi itu telah kosong tiada tuannya...

Dahulu..setiap pagi ke tempat kerja...aku akan menegur mak cik ani, tukang sapu sampah di kawasan perumahanku. Sebelum manaiki kereta di kawasan parking, dialah orang yang sering kutemi disitu. Sambil tersenyum dia juga sering menyapaku bertanya itu ini. Seminggu selepas itu, aku terkejut lagi. Mak Cik Ani meninggal dunia kerana tergelincir di tangga akibat hujan lebat. Dia meninggal di tempat kejadian.

Sejak itu, tiap kali melalui kawasan meletak kereta rumahku...kelibatnya seakan-akan masih ada..masih terbayang-bayang senyuman dan suaranya yang ramah berkata-kata. Dia juga kini telah TIADA...

Emak ada kawan baik yang juga jiranku di tingkat 2. Kak Nah namanya. orangnya baik dan sgt lemah lembut. Aku juga sangat menyenanginya. Sering datang ke rumahku bersembang-sembang dengan emak dan ayah. kadangkala pada waktu petang, dia mengunjungi rumahku sambil minum petang. masih aku ingt ketika aku berpeluh2 di dapur menyediakan lempeng yang dimakan dengan kari ikan. Kak Nah suka bukan main makan lempeng yang ku buat. Sambil rancak berborak mcm2 cerita dengan mak.

Tidak lama selepas itu...aku dan keluarga terpana menerima berita..Kak nah meninggal dunia di hospital kerana sakit leukimia. memang sebelum ini Kak Nah selalu cerita pada emak tentang badannya yang lenguh2 kerana kimoterapi. tetapi..tak sangka sungguh cepat dia pergi meninggalkan kami semua. Setiap kali melalui rumahnya, aku masih terbayangkan kelibatnya ...ada mcm tiada...

Baru 5 minit tadi aku mendengar berita, pelakon lelaki yang merupakan bekas suami Nana, Faizal..meinggal dunia kerana sakit jantung. baru haritu aku menonton drama lakonannya di kaca TV. Dia kelihatan siihat-sihat dan biasa sahaja. Dan hari ini...dia juga telah TIADA

Semua perkara diatas membuatkan ku terfikir...manusia ini memang suatu hari dia akan tiba-tiba TIADA. semalam ada bergelak tawa..bersuka ria dengan kita..tiba-tiba esok dia dah tiada...dan kelibatnya tidak kelihatan lagi.

Baru minggu lepas kita bertemunya, menghabiskan masa bersembang sama-sama..tiba-tiba  dia juga telah TIADA.
Setiap hari mukanya kita lihat di tempat yang sama, waktu yang sama..senyuman yang sama...tiba-tiba esok bila kita lalu, dia dah pun TIADA.

ATAU..
Ada juga yang baru sejam tadi kita berbual dengannya di telefon....tiba tiba selepas itu kita mendapat panggilan dari orang lain yang mengatakan dia telah tiada....

MasyaAllah...........lalu aku terfikir........bagaimana jika esok...................AKU PULA YANG TIADA?????

Tiba-tiba..esok...aku juga tidak lagi wujud di atas muka bumi ini..tetapi jasadku jauh ditanam di lantai bawah bumi...
Aku tidak lagi menyertai manusia yang masih berjalan-jalan diatas muka bumi meneruskan kehidupan..rohku jauh berada di satu alam lain yang terlalu asing buatku..dan jasadku berada keseorangan diliang sempit yang gelap dan menakutkan.

aku masih mencari-cari jawapan pada persolaan itu...kerana ku juga sebenarnya belum bersedia untuk Tiba-tiba TIADA....

takziah, pd keluarga sahabat ku yg telah kembali kerahmatullah pd 10/9/2011. semoga arwah tenang di alam sana.

ingat lah sahabat2 ku akan tiba giliran kita semua...
Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.. 

tugas dia didunia sudah selesai! semoga kita dapat berjumpa disana wahai 
sahabat.. al-fatihah.. dlm kenangan b'sama arwah..
Jangan kita tangisi org yg sudah pergi n takkan kembali kita yg masih diberi 
kesempatan utk b'nafas teruskan lah menambah amalan kita utk di bawa ke 
sana nanti... 



wallahualam

No comments:

Post a Comment