kerana sudi mengabadikan aku dalam sebaris puisi
tatkala kau gembira dengan hadirnya diri ini
kau menulis dengan bahasa yang santun membelai jiwa
sungguh indah mempesona sukma..
kerana tetap menghadiahi aku sebuah puisitika kau mula sangsi dan menaruh benci
kata mu aku sekadar menyakitkan hati
bait tulisan mu tajam menikam sanubari
namun ia tetap berharga dan memberi erti..
kerana masih tetap mencoret puisi tentang aku
untuk kesekian kalinya
walhal antara kita bukan lagi siapa2..
izinkan aku pula menulis tentang diri mu
walau susunan kata tidak sepuitis kamu
meski melankolik nya lemah dan layu
tapi ingin juga aku bercerita
tentang kamu dan hanya kamu
teman yang akan ku kenang hingga hujung nyawa..
akan datang kau akan berterima kasih jua
pada aku yang pernah buat kau marah dan kecewa
pergi meninggalkan mu tanpa alasan dan kata2
tika itu kau pasti mengerti
betapa aku ingin sekali melihat mu bahagia
dan kebenaran perasaan ku pada mu
biarlah menjadi rahsia selamanya...
No comments:
Post a Comment