JOM CUBA!! INGAT SIFIR 6 HINGGA 9, GUNAKAN JARI PUN BOLEH.. :)
Kaedah ini menggunakan 10 jari kita dan digunakan untuk sifir 6 hingga 9 sahaja. Dengan anggapan 1 hingga 5 adalah sifir yg senang diingat oleh anda (mudah-mudahan).
Formulanya :
*Jari kelingking mewakili - 6
*Jari manis mewakili - 7
*Jari hantu mewakili - 8
*Jari telunjuk mewakili - 9
Contoh : 7 darab 8 =
1. Cantumkan jari manis tangan kiri (mewakili no. 7) dengan jari hantu tangan kanan (mewakili no. 8).
2. Tambahkan jumlah semua jari dari yang bercantum dan ke bawah. Maksudnya : Jari manis dan jari kelingking tangan kiri ada 2, kemudian ditambah dgn jari hantu, jari manis dan jari kelingking pada tangan kanan ada 3, Jumlahnya menjadi 5 (ini membawa maksud 50).
3. Kemudian jari-jari yg tidak bercantum yang berada di atas jari yang bercantum, iaitu tangan kanan ada 2 jari dan tangan kiri ada 3 jari. Darabkannya, 2 x 3 menjadi 6.
4. Tambahkan 50 dengan 6 : Jwpnnya 56.
Boleh cuba dengan darab nombor yang lain...
Selamat Mencuba :)
No comments:
Post a Comment