~ RAHSIA DI SYRIA TIDAK DIKETAHUI RAMAI ~

Assalammualaikum w.b.t

Sebagai umat Islam, saya rasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi berita apa yang sekian berlakunya di Syria. Inalillah buat saudara-saudara seIslamku di sana, semoga kalian di bawah lindungan Allah. Kita di sini seenak-enaknya makan-makanan yang lazat, walhal saudara kita di sana diseksa dari segi batin dan zahir. saya nak kongsi dengan korang apa yang saya sudah bacakan dalam sebuah artikel. Sebelum ini pun saya tak tahu sangat apa yang berlaku, bukan tak nak tahu tapi kadang-kadang banyak cerita palsu yang di bawa oleh puak Syiah ini. Bukan boleh percaya sangat kalau mereka dah buat cerita macam-macam hal jadinya terpesong akidah pula. Nauzubilaminzalik! So, sila baca sampai habis, hayati peristiwa di mana keadaan umat Islam di Syria sangat genting saat ini. Doakan mereka agar dilindungi para malaikat yang diutuskan Allah buat hamba-hamba yang memepertahankan Islam.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan   KAMI"

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke 
malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana 
turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa 
Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan 
diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah 
menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki 
terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah 
dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka 
melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri 
merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya 
merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya 
beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh 
rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, 
Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 
orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis 
oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah 
dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah 
menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan 
tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta 
mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila 
mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi 
oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital 
tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan 
abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih 
dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau 
telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. 
Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu 
dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan 
mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim 
Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 
6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan 
Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan 
kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau 
seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA 
MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah 
berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan 
tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh 
mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka 
dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan 
Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin 
Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 
tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 
yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka 
hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria 
lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah 
mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq 
tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka 
selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam 
keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh 
Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang 
berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang 
teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. 
TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin 
oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan 
pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa 
Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli 
politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad 
lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi 
Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak 
rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk 
membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman 
daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan 
kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh 
tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi 
merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk 
menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan 
KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri 
yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah 
(kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia 
hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap 
tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)
  
This is what happens to the mouth of a person who says the word “Freedom” in Syria. O ALLAH please do help our brothers and sisters there..ameen

p/s: tak berani menatap wajah pejuang Islam yang syahid dibunuh kejam orang Syiah!

Sekian wassalam. Sebar-sebarkan agar umat Islam bangkit menegakkan kebenaran di mata dunia! Takbir! Allah Akhbar!

No comments:

Post a Comment